Timbalan Pendakwa Raya v Mazlinazuki B. Ramli
| Court | High Court (Malaysia) |
| Judge | NIK HABRI BIN MUHAMAD |
| Judgment Date | NULL |
| Record Number | 41(A) - 47-09 |
| Appellant | TIMBALAN PENDAKWA RAYA |
| Respondent | MAZLINAZUKI B. RAMLI |
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU
DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
RAYUAN JENAYAH NO : 41(A) - 47-09
(Di dalam Perkara Mahkamah Majistret Tanah Merah
Kes Jenayah No: 82-01-06)
ANTARA
TIMBALAN PENDAKWA RAYA … PERAYU
DAN
MAZLINAZUKI B. RAMLI … RESPONDEN
ALASAN PENGHAKIMAN
Ini adalah rayuan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya Malaysia (“Perayu”) terhadap keputusan Majistret Mahkamah Majistret Tanah Merah yang telah diberikan pada 19.5.2009, di mana Responden telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil untuk membela diri.
Rayuan adalah di atas keputusan tersebut di atas.
Pertuduhan yang dikenakan ke atas Responden adalah sepertimana berikut:-
“Bahawa kamu pada 13/10/2005 lebih kurang jam 12.45 malam bertempat dirumah Lot PT 5286, Taman Sri Jelatok, di dalam daerah Tanah Merah, di dalam Negeri Kelantan didapati ada dalam kawalan kamu sebanyak (4) tiub straw cerah kemerahan setiap (1) tiub berisi bahan hablur jernih yang mengandungi dadah merbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.09 gram yang mana kamu tidak diberi sebarang kuasa untuk memilikinya di bawah mana-mana peruntukan Akta dadah Berbahaya, 1952. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.
SAKSI-SAKSI YANG TELAH DIKEMUKAKAN
Pihak pendakwaan telah mengemukakan 8 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. Saksi-saksi tersebut adalah sepertimana berikut:-
SP1 - L/Kop Ramli Abdul Rahman - Jurugambar
SP2 - Sjn Zakaria b. Safiin - Penghantar barang kes
SP3 - Saidi Mat Yusoff - Orang pengantaraan antara
pemilik dengan penyewa
SP4 - Mohd Asri bin Basar - Anggota yang jumpa barang
kes
SP5 - C.I Saari Mat Hassan - Pegawai serbuan
SP6 - Sjn Mohd Zamri bin Md Noor - Penyimpan barang kes
SP7 - Zabaruddin bin Mahmmad - Pemilik rumah
SP8 - S.M Alias bin Karim - Pegawai penyiasat kes
EKSHIBIT-EKSHIBIT YANG TELAH DIKEMUKAKAN
P1 - 1 keping gambar barang kes
P1N - 1 keping negatif gambar barang kes
P2(A-C ) - 3 keping gambar tempat kejadian
P2N(A-C) - 3 keping negatif tempat kejadian
P3 - Sampul surat bertanda Y
P4 - Slip penerimaan sampul Y (KT) FOR 2295/05-0
ID4(a) - Tandatangan ahli kimia
P5 - Borang penyerahan barang kes
P5(a) - Tandatangan penyerah barang kes
P5(b) - Tandatangan penerima Sjn Alias
P6 - Senarai bongkar rumah
P6(a) - Tandatangan pegawai serbuan (SP5)
ID6(b) - Tandatangan OKT
P7(1-4) - 4 tiub straw
P7(a-d) - Tandatangan SP5 pada 4 tiub straw
P8 - Satu saletope warna kuning
P8(a) - Tandatangan SP5
P9 - Rajah kasar
P9k - Kunci rajah kasar
P10 - Laporan kimia (KT) FOR 2295/05-0
P11 - 0.09 gram hablur jernih
ALASAN PENGHAKIMAN
1) Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai hak milikan dan kawalan yang eksklusif terhadap rumah tempat dadah dijumpai. Kenapa?
-
Pihak pendakwaan gagal buktikan bahawa rumah itu hanya dihuni oleh OKT, isteri dan anak-anak sahaja. Rumusan yang dibuat oleh pihak pendakwaan adalah berdasarkan kepada fakta OKT adalah sebagai penyewa rumah itu semata-mata. Dakwaan OKT yang menyatakan ada seorang lelaki bernama Udin yang juga tinggal di situ tidak disiasat.
-
Isteri OKT juga ada di rumah, kenapa tidak dibawa sebagai saksi pihak pendakwaan atau ditawarkan kepada pihak pembelaan. Mahkamah menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai atas sebab-sebab kegagalan pihak pendakwaan memanggil isteri OKT sebagai saksi. Begitu juga kegagalan memanggil Kop Ghani, Sek 114(g) adalah juga terpakai. Kegagalan pihak pendakwaan berbuat demikian telah melemahkan kes pihak pendakwaan sendiri.
-
Pegawai Penyiasat gagal jalankan ujian terhadap kunci-kunci rumah untuk tentukan ia tidak boleh dibuka oleh orang lain kerana rumah tersebut adalah rumah sewa yang mana kuncinya boleh di “duplicate” oleh mana-mana orang yang menghuni rumah tersebut sebelum ini.
-
Pegawai Penyiasat tidak pasti samada pintu dapur boleh dikunci atau tidak, malahan beliau tidak pernah lihat kunci rumah dan tidak tahu bilangan dan set kunci.
-
Pegawai penyiasat juga sahkan bahawa cermin nako bahagian dapur tidak mempunyai grill dan ia boleh ditanggalkan dengan mudah.
2. Macammana pihak pendakwaan boleh menyatakan dan membuktikan dadah itu adalah di bawah milikan OKT sedangkan OKT ditangkap di rumah Lot PT 5252 sedangkan rampasan dadah adalah dibuat di rumah Lot PT 5286 Taman Sri Jelatok.
3. Keraguan juga timbul disebabkan oleh tindakan pihak polis yang terlebih dahulu memasuki rumah tersebut ketika OKT tidak berada di rumah itu. Tindakan ini menimbulkan syak terhadap kewujudan dadah di dalam rumah itu.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada alasan-alasan dan faktor di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat dan merasakan bahawa keputusan mahkamah melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan adalah satu keputusan yang tepat, adil dan berpatutan. Walaubagaimanapun mahkamah yang mulia ini menyerahkan kepada segala budi bicara dan kebijaksanaan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
Disediakan oleh,
……………………………
NIK HABRI BIN MUHAMAD
Majistret
Mahkamah Majistret Tanah Merah
Kelantan.
Get this document and AI-powered insights with a free trial of vLex and Vincent AI
Get Started for FreeUnlock full access with a free 7-day trial
Transform your legal research with vLex
-
Complete access to the largest collection of common law case law on one platform
-
Generate AI case summaries that instantly highlight key legal issues
-
Advanced search capabilities with precise filtering and sorting options
-
Comprehensive legal content with documents across 100+ jurisdictions
-
Trusted by 2 million professionals including top global firms
-
Access AI-Powered Research with Vincent AI: Natural language queries with verified citations
Unlock full access with a free 7-day trial