Teoh Hok Beng [No. Kp : 650727-10-6215] v Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. [No. Syarikat : 89120-H], 02-12-2009

JudgeMOHD AZMAN BIN HUSIN
Judgment Date02 December 2009
AppellantTEOH HOK BENG [No. KP : 650727-10-6215] No. 2981 Jalan Padang Garong 15000 Kota Bharu, Kelantan
CourtHigh Court (Malaysia)
Record Number29 – 771 - 2006
RespondentPENERBITAN PELANGI SDN BHD [No. Syarikat : 89120-H]
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU



DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU


DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA


RAYUAN SIVIL NO: TAHUN 2009

--------------------------------------------------------------




PER : TEOH HOK BENG

[No. KP : 650727-10-6215]

No. 2981 Jalan Padang Garong

15000 Kota Bharu, Kelantan ... PERAYU



EX-PARTE : PENERBITAN PELANGI SDN BHD

[No. Syarikat : 89120-H] ... RESPONDEN





DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU


DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA


KEBANGKRAPAN NO: 29 – 771 - 2006

-------------------------------------------------------



PER : TEOH HOK BENG

[No. KP : 650727-10-6215]

No. 2981 Jalan Padang Garong

15000 Kota Bharu, Kelantan ... Penghutang

Penghakiman



EX-PARTE : PENERBITAN PELANGI SDN BHD

[No. Syarikat : 89120-H] ... Pemiutang

Penghakiman


ALASAN PENGHAKIMAN


A. LATAR BELAKANG

Dalam kes ini Perayu/JD memfailkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 29 terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang menolak permohonan Perayu/JD Kandungan 13 dengan kos. Dalam Kandungan 13 itu Perayu/JD memohon:-


1. Perintah kebangkrapan digantung sementara Mahkamah Sesyen Johor Bahru memutus sepenuhnya Saman No. 52-6284-2005-4 dan antaranya untuk mengenepikan penghakiman ingkar bertarikh 07/12/05.


2. Perayu/JD diberi kebebasan membuat permohonan sedemikian.


3. Kos dalam kausa dan


4. Relif yang sesuai yang Mahkamah fikirkan patut.


Di antara alasan utama permohonan ialah:-

1. Penghakiman Ingkar yang didasarkan untuk prosiding kebangkrapan adalah defektif, di luar aturan dan bertentangan dengan undang-undang.


2. Perayu telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 07/12/05 yang diperolehi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru Saman No: 52-6284-2005-4.


3. Prosiding kebangkrapan wajar digantung sementara permohonan itu diputuskan.


Alasan lengkap seperti yang terkandung dalam Afidavit Sokongan Kandungan 13A. Responden/JC memfailkan Afidavit Jawapan Kandungan 14 membantah Kandungan 13. Antara alasan utama bantahan ialah:-

1. Penghakiman Ingkar yang diperolehi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 07/12/05 dalam Saman No: 52-6284-2005-4 adalah sah selagi ia tidak diketepi dan dibatalkan.

2. Isu undang-undang memihak kepada Responden/JC.


3. Perayu/JD tiada alasan yang bermerit.


4. Kandungan 13 difailkan untuk melengahkan prosiding kebangkrapan.


B. Dalam Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 29, saya juga menolak rayuan Perayu/JD dengan kos dan mengekalkan perintah yang dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar.


C. Isu-Isu Yang Perlu Diputuskan

1. Sama ada perintah Mahkamah untuk penyampaian ganti dan lanjutan masa bertarikh 04/04/07 itu sah?


2. Sama ada penyerahan Notis Kebangkrapan itu sah ke atas JD?


3. Sama ada Notis Kebangkrapan sah kerana ia ditandatangan oleh individu yang tidak diberi kuasa?

4. Sama ada JC boleh memfailkan Notis Kebangkrapan setelah JC memperolehi Penghakiman Ingkar kehadiran?


5. Sama ada Kandungan 13 itu sah?


D. Pendapat Mahkamah

Mengenai isu pertama, saya berpandangan bahawa perintah Mahkamah bertarikh 04/04/07 masih sah dan berkuatkuasa. Perintah itu tidak dibatalkan atau pun diketepikan oleh Mahkamah. Di samping itu sek. 93 Akta Kebangkrapan memberi budi bicara kepada Mahkamah untuk melanjutkan masa. Responden/JC telah berusaha menyerahkan Notis Kebangkrapan kepada Perayu/JD secara ke diri. Afidavit Noor Azizah Salahudin dalam permohonan penyampaian ganti mengekshibitkan Afidavit Tanpa Serah Norsham Mohamed menunjukkan bahawa terdapat percubaan untuk menyerahkan Notis Kebangkrapan itu kepada Perayu/JC secara ke diri. Perayu/JD cuba mengelak serahan Notis Kebangkrapan itu. Oleh itu keputusan kes Mahkamah Agung Koh Thong Kuang v UMBC [1994] 4 CLJ 488 dan keputusan kes Mahkamah

Persekutuan Kamaruddin v UMW (M) Sdn Bhd [1982] 1 MLJ 126 terpakai. Ini bererti perintah penyampaian ganti dan perlanjutan masa itu sah.


Mengenai isu kedua, penyerahan Notis Kebangkrapan itu adalah sah. Penyerahan dibuat melalui penyampaian ganti secara iklan, ditampalkan di Papan Kenyataan Mahkamah dan juga dihantar dengan pos A.R. Berdaftar di alamat terakhir Perayu/JD. Kes Re Samuel Pakianatham [1997] 5 MLJ 737 memutuskan penyerahan A.R. melalui pos ke atas JD dianggap sah. Apatah lagi dalam kes ini penyerahan itu dibuat dengan cara iaitu diiklan, tampal di Papan Notis dan dihantar dengan pos berdaftar selepas beberapa percubaan yang gigih untuk menyerahkan Notis Kebangkrapan itu secara ke diri kepada Perayu/JD gagal dibuat. Fakta ini juga disokong oleh perenggan di atas yang menyentuh mengenai isu yang pertama.


Mengenai isu ketiga, peguam JC boleh memohon Notis Kebangkrapan bagi pihak JC seperti yang dinyatakan dalam Borang 4 Kaedah-Kaedah Kebangkrapan. YA Dato’ Kang Hwe

Ghee dalam kes Re Wong Mun Chong Ex-Parte: Am Finance Berhad [2008] 1 LNS 20 memutuskan peguam boleh memohon Notis Kebangkrapan bagi pihak JC. YA Datuk Haider dalam kes Re Loi Hua Kian Ex Parte Credit Corp (M) Bhd [1990] 2 MLJ 487 juga berpandangan yang sama.


Mengenai isu keempat, Penghakiman Ingkar itu sah selagi ia tidak dibatalkan. Rujuk keputusan kes-kes Re Sashidaran KV Nair Ex Parte Allianz Bank Malaysia Bhd [2006] 4 CLJ 348, Re Tan Hwe Earn Ex Parte The People’s Insurance Co (M) Sdn Bhd [1999] 4 CLJ 325 dan Cheng Sew Jin Re Ex Parte Bank Borneo Housing Mortgage Finance Bhd [1991] 2 CLJ 438 (Rep) memutuskan penghakiman ingkar adalah tetap penghakiman selagi ia tidak diketepikan.


Oleh itu Responden/JC berhak dari segi undang-undang memfailkan Notis Kebangkrapan terhadap Perayu/JD.


Mengenai isu kelima. Saya berpendapat Kandungan 13 adalah tidak teratur. Permohonan Perayu/JD untuk mengenepikan Notis

Kebangkrapan hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas penyampaian Notis Kebangkrapan ke atasnya. Peruntukan Kaedah 95, 94(1)(b) Kaedah-Kaedah Kebangkrapan 1969 dan Seksyen 3(2)(i) Akta Kebangkrapan 1967 adalah jelas. Ini juga diputuskan oleh Y.A. Hakim Datuk Ramly dalam kes Re Kamarul Ariffin Ex Parte Majlis Amanah Rakyat [2002] 8 CLJ 905 mengenai isu sedemikian.


E. Keputusan Mahkamah

Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 29 oleh Perayu/JD adalah ditolak dengan kos.




Bertarikh Pada: 02 Disember 2009


(DATO’ MOHD AZMAN BIN HUSIN)

HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA

KOTA BHARU


...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT