Tan Tong Hock v Tan Ah Kooi

JudgeMohamed Aznin Bin Dato’ Mohamed Ariff
Judgment DateNULL
CourtMagistrate's Court (Malaysia)
Record Number73-68-2008

8


DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (4)

DI GEORGETOWN PULAU PINANG

SAMAN NO: 73-68-2008



ANTARA



TAN TONG HOCK …PLAINTIF



DAN



TAN AH KOOI …DEFENDAN





ALASAN PENGHAKIMAN



Fakta Ringkas:

Plaintif pada masa kemalangan adalah penunggang dan pemilk motor no pendaftaran PBP 700. Defendan pada masa kemalangan adalah pemilik berdaftar dan/atau penunggang motor no. pendaftaran PGX 1454.

Plaintif menyatakan bahawa pada 27/11/06 jam lebih kurang 10.40 malam semasa Plaintif sedang menunggang motor di Jalan Perak hendak pulang ke Jelutong Barat tiba-tiba motor Defendan telah melanggar motor Plainitf dari arah belakang. Plaintif mendakwa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan.

Defendan bagaimanapun menafikan motor beliau terlibat dengan kemalangan tersebut. Secara alternatif Defendan menyatakan sekiranya Mahkamah mendapati terdapat kemalangan di antara motor Plaintif dan motor beliau maka kemalangan tersebut adalah disebabkan atau disumbang oleh kecuaian Plaintif.





Kedudukan Undang-Undang

Isu Liabiliti

Keterangan Defendan bahawa pada tarikh dan waktu kemalangan beliau berada di tempat kerja

  1. Plaintif di dalam keterangan menyatakan bahawa selepas dilanggar oleh motor Defendan kedua-dua motor telah terjatuh dan jarak motor beliau dan motor Defendan adalah lebih kurang 2 kaki. Plaintif juga menyatakan bahawa selepas bangun beliau melihat no. plate motor Defendan dan motor Defendan berada di tempat kemalangan selama 5 minit sebelum melarikan diri. Bagaimanapun, Defendan di dalam laporan polis menafikan penglibatan motor beliau di dalam kemalangan tersebut dan menyatakan pada tarikh dan waktu kemalangan beliau sedang berada di tempat kerja di Anson Road City Park.

  2. Semasa Pemeriksaan Utama Defendan memberi keterangan bahawa semasa membuat laporan polis beliau telah menunjukkan punch card kepada polis untuk membuktikan pada tarikh dan waktu kemalangan beliau berada di tempat kerja dan beliau telah meninggalkan punch card tersebut di Balai Polis. Tetapi semasa Pemeriksaan Semula ketika ditanya oleh peguam samada beliau boleh membawa punch tersebut ke Mahkamah Defendan menyatakan bahawa beliau terpaksa mencari punch tersebut di pejabat Defendan juga gagal untuk mengemukakan punch card ke Mahkamah sebagai bahan bukti.

  3. Oleh yang demikian, tindakan Defendan memberi keterangan yang bercanggah apabila setiap kali ditanya tentang punch card telah membangkitkan keraguan samada beliau benar-benar berada di tempat kerja semasa kemalangan berlaku. Defendan juga gagal untuk membawa majikan ke Mahkamah untuk membuktikan bahawa pada malam tarikh dan masa kemalangan beliau sememang berada di tempat kerja.

  4. Kegagalan Defendan untuk mengemukakan punch card sebagai bukti ke Mahkamah dan memanggil majikan untuk memberi keterangan telah menimbulkan inferensi bahawa keterangan yang akan diberikan di dalam perbicaraan ini akan membuktikan bahawa Defendan sebenarnya tidak ada di tempat kerja pada tarikh dan masa kemalangan. Rujuk,

Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950



Percanggahan keterangan Defendan berkenaan dengan siapa sebenarnya yang menggunakan motor PGX 1454 pada tarikh dan masa kemalangan berlaku.

  1. Dua anak Defendan (SD2 dan SD3) hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan. Menurut SD2 pada tahun 2006 beliau tinggak bersama bapa ibu dan adik-beradik beliau. Pada ketika itu di rumah mereka terdapat 2 buah motor iaitu no. 1454 dan 2391 dan Defendan selalu pergi ke tempat kerja menggunakan motor no. 2391. Semasa Pemeriksaan Balas Defendan menyatakan bahawa pada tarikh 27/11/06 beliau tidak pasti motor mana yang beliau gunakan tetapi ketika Pemeriksaan Semula beliau menyatakan bahawa pada tarikh kemalangan beliau ke tempat kerja menaiki PGX 1454.

  2. Defendan memberi keterangan tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau telah membenarkan anak beliau menggunakan motor PGX 1454 kerana itu merupakan motor baru tetapi Defendan juga ada menyatakan bahawa kadang-kadang motor PGX 1454 ditunggang oleh anak sulung beliau (SD3). Defendan juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau tidak akan tahu sekiranya isteri atau anak beliau ada menggunakan motor PGX 1454 pada tarikh dan masa kemalangan kerana pada waktu tersebut beliau berada di tempat kerja.

  3. Berdasarkan keterangan Defendan dan SD2 Mahkamah mendapati terdapat percanggahan di dalam keterangan Defendan berkenaan siapa sebenarnya yang menggunakan motor PGX 1454 pada tarikh dan masa kemalangan berlaku.



Percanggahan di dalam Penyata Pembelaan

  1. Di dalam perenggan 3 Penyata Pembelaan Defendan menafikan penglibatan motor beliau di dalam kemalangan ini. Bagaimanapun, di dalam perenggan 4 Defendan menyatakan bahawa secara alternatif sekiranya Mahkamah mendapati motor Defendan terlibat di dalam kemalangan Defendan menegaskan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan atau disumbang oleh kecuaian Plaintif. Penyata Pembelaan tersebut juga ada menyenaraikan ‘Butir-Butir Kecuaian Plaintif’.

  2. Mahkamah berpendapat terdapat supremacy of pleading di mana hanya satu versi sahaja yang perlu wujud iaitu samada motor Defendan terlibat atau tidak sama sekali di dalam kemalangan ini.



Percanggahan di...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT