Soo Ah Joo v Dr Parthiban Navoo, 16-01-2015

JudgeHaji Jamaludin bin Haji Mat
Judgment Date16 January 2015
CourtUnspecified court (Malaysia)
Record Number53-480-05 TAHUN 2012-S2
14 APRIL 2008

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA

DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA

SAMAN NO: 53-480-05 TAHUN 2012-S2


ANTARA


SOO AH JOO

(NO. K/P: 620710-04-5121) …PLAINTIF


DAN


DR PARTHIBAN NAVOO

(NO. K/P: 681220-02-5303) …DEFENDAN



KORUM: TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI MAT

HAKIM

MAHKAMAH SESYEN 2

MELAKA


TARIKH: 16HB. JANUARI 2015





KEPUTUSAN KANDUNGAN 19

(MENGHIDUPKAN SEMULA KES)



PERMULAAN


  1. Dalam Kandungan 19, Plaintif membuat permohonan di bawah Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti berikut:

  1. Tindakan ini dibawa oleh Plaintif yang mana telah dibatalkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada 25.8.2014, dihidupkan semula (“reinstated”)

  2. Bahawa tarikh-tarikh baru ditetapkan untuk Sambung Bicara tindakan ini.

  3. Kos permohonan ini diberikan.

  4. Mahkamah Yang Mulia ini membuat perintah lanjut atau lain seperti yang dirasakan patut dan/atau perlu dan/atau munasabah.

  1. Pada 16.1.2015, setelah mempertimbangkan semua afidavit yang difailkan serta penghujahan kedua-dua pihak, saya telah memutuskan bahawa permohonan Plaintif ini ditolak. Berikut ialah alasan saya memutuskan sedemikian.







LATAR BELAKANG


  1. Secara ringkasnya Plaintif menyatakan seperti berikut:


  1. Ini ialah kes kecuaian perubatan yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan pada 22.5.2012.

  2. Perbicaraan penuh telah berjalan pada 29.1.2014, 27.3.2014 dan 31.3.2014 di hadapan hakim terpelajar Tuan Zaman bin Mohd Nor.

  3. 3 orang saksi Plaintif telah memberi keterangan. Plaintif mempunyai seorang saksi lagi iaitu saksi pakar.

  4. Kes ditetapkan untuk sambung bicara pada 3.6.2014 dan 6.6.2014.

  5. Sebelum tarikh sambung bicara tersebut sampai, hakim terpelajar Tuan Zaman bin Mohd Nor telah bertukar dan telah digantikan dengan hakim terpelajar Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Nasir.

  6. Melalui surat bertarikh 29.5.2014, peguam Defendan memaklumkan kepada peguam Plaintif berkenaan pertukaran Tuan Zaman ke mahkamah lain dan mencadangkan supaya Tuan Zaman meneruskan perbicaraan kes ini sehingga selesai memandangkan Tuan Zaman telah mendengar sebahagian besar keterangan di dalam kes ini.

  7. Peguam Plaintif membalas surat peguam Defendan tersebut dan bersetuju dengan cadangan tersebut.

  8. Melalui surat bertarikh 30.5.2014, peguam Defendan menulis surat kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen Melaka memaklumkan persetujuan kedua-dua pihak supaya Tuan Zaman meneruskan perbicaraan kes ini.

  9. Pada 2.6.2014, peguam Defendan menerima emel daripada Pendaftar Mahkamah Sesyen Melaka memaklumkan bahawa kes ini ditetapkan untuk pengurusan kes pada 3.6.2014. Peguam Defendan menulis kepada peguam Plaintif pada tarikh yang sama untuk memaklumkan tarikh pengurusan kes pada 3.6.2014.

  10. Pada tarikh yang sama juga, peguam Plaintif menulis kepada peguam Defendan mengesahkan bahawa peguam Defendan telah bersetuju untuk menyebut bagi pihak mereka semasa pengurusan kes pada 3.6.2014 dan memberikan tarikh-tarikh lapang mereka untuk menetapkan tarikh sambung bicara.

  11. Peguam Plaintif mendakwa peguam Defendan tidak memberikan apa-apa maklumbalas daripada pengurusan kes pada 3.6.2014 tersebut, sebaliknya hanya menghantar sesalinan surat mereka kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh 5.6.2014 memohon kebenaran supaya Tuan Zaman meneruskan perbicaraan kes ini.

  12. Peguam Defendan sebaliknya mendakwa bahawa mereka telah menghantar surat bertarikh 26.6.2014 kepada peguam Plaintif memaklumkan tarikh sambung bicara ditetapkan pada 25 dan 26 Ogos 2014. Sesalinan surat tersebut ditunjukkan kepada Mahkamah.

  13. Peguam Defendan juga mendakwa telah menghubungi pejabat peguam Plaintif pada 22.8.2014 dan 23.8.2014 untuk memaklumkan tarikh-tarikh sambung bicara tersebut tetapi talian tidak berjawab. Peguam Defendan tidak memfakskan surat bertarikh 26.6.2014 kepada peguam Plaintif kerana mesin faksimili mereka telah rosak pada tarikh tersebut.

  14. Pada tarikh 25.8.2014, Tuan Zaman telah datang dari Sungai Petani, Kedah untuk mendengar kes ini.

  15. Pada tarikh tersebut, peguam Plaintif tidak hadir. Hanya peguam Defendan sahaja yang hadir dan bersedia dengan saksi beliau. Peguam Defendan memberitahu Mahkamah bahawa peguam Plaintif memberitahunya yang mereka tidak menyedari tarikh sambung bicara pada hari tersebut. Peguam Defendan memaklumkan Mahkamah bahawa mereka telah menulis surat bertarikh 26.6.2014 kepada peguam Plaintif memaklumkan tarikh sambung bicara ini. Sesalinan surat tersebut ditunjukkan kepada Tuan Zaman.

  16. Tuan Zaman kemudian membuat catatan dan perintah seperti berikut:

Kes ini telah ditetapkan untuk sambung bicara dan saya terpaksa datang dari Sg Petani semata-mata untuk mendengar kes ini dan saya percaya bahawa peguamcara plaintif telah dimaklumkan tentang tarikh bicara hari ini atau sekurang-kurangnya telah bertanya kepada peguamcara defendan yang menyebut kes ini bagi pihak peguamcara plaintif tentang tarikh sambung bicara ataupun telah membuat pertanyaan kepada Mahkamah tentang tarikh sambung bicara. Dari rekod, tidak ada surat atau pertanyaan sedemikian.

Apa yang ada adalah surat dari peguamcara defendan memberitahu tentang tarikh bicara yang dihantar pada 26.6.2014 iaitu dua bulan sebelum tarikh sambung bicara.

Tarikh bicara telah diberikan pada 24.6.14. Oleh yang demikian, kes ini dibatalkan dengan kos.”

  1. Pada 4.9.2014, Plaintif memfailkan permohonan ini.


SKOP PEMAKAIAN ATURAN 35 KAEDAH 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012


  1. Permohonan Plaintif adalah di bawah Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:


2. Judgment given in absence of party may be set aside (O. 35, r. 2)

(1) Any judgment or order obtained where one party does not appear at the trial may be set aside by the Court, on the application of that party, on such terms as it thinks just.

(2) An application under this rule shall be made within fourteen days after the date of the judgment or order sought to be set aside without prejudice, however, to the power of the Court to extend the period.


  1. Semasa mempertimbangkan permohonan di atas, Mahkamah perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:

(3) In considering an application made under this rule, the Court shall have regard to the following matters:


(a) the interest of justice;

(b) whether the absence of the applicant or counsel was deliberate, or due to an accident or mistake;

(c) the prospects of success of the applicant at trial;

(d) whether there is any delay in making the application;

(e) whether the conduct of the applicant has caused prejudice to the other party which cannot be compensated by an order of costs.


  1. Pertimbangan dalam mengenepikan penghakiman yang diberikan selepas mendengar keterangan saksi dan tanpa kehadiran pihak yang satu lagi adalah berbeza dengan penghakiman ingkar yang diberikan sebelum perbicaraan bermula. Prinsip ini diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) & Anor v. Awang Soh Mamat & Ors [2009] 5 CLJ 1; [2009] 4 MLJ 610 halaman 21-23 (CLJ); halaman 629-630 (MLJ) dimana Yang Arif James Foong FCJ menyatakan:


[17] We shall now return to the appeal proper. We start by stating that in an application to set aside a default judgment due to non appearance of a party, a distinction must be made between one where such judgment was obtained without a trial having proceeded and one which did. In the former, which covers default due to a failure to file an appearance after the writ was served or default of defence, the principle in Evans v. Bartlam [1937] AC 473 applies. It is basically: unless and until the court has pronounced a judgment upon the merits or by consent, it is to have power to revoke the expression of its coercive powers where that has only been obtained by a failure to follow any rules of procedure.


And in Burnes v. Kondel [1971] 1 Lloyd’s Rep 554 at p 444, Lord Denning MR expanded to say that a ‘defence on the merits’ means a defence which discloses an arguable and triable issue. In short, the court, as a general rule, will not set aside such default judgment unless the defendant can establish a defence on merit. This seems to be the predominant feature against the explanation for the default or for any delay in applying to set it aside.


[18] But when a judgment is entered after a trial has proceeded a different set of rules applies. In the English Court of Appeal case of Shocked & Anor v. Goldschmidt & Ors [1998] 1 All ER 372, the major factors to be considered to set aside such default judgment differ from that in Evans v. Bartlam in the order of priority and prominence. The reason for the absence of the party at the trial has become the ‘predominant consideration’ over that of a defence on merit. This can be observed from the judgment of Leggatt LJ when he said:


(1) Where a party with notice of proceedings has disregarded the opportunity of appearing at and participating in the trial, he will normally be bound by the decision.

(2) Where judgment has been given after a trial it is the explanation for the absence of the absent party that is most important: unless the absence was not deliberate but was due to accident or mistake, the court will be unlikely to allow a rehearing.

(3) Where the setting aside would entail a complete retrial on...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT