Pendakwaraya v Fadzil Bin Ahmad, 14-04-2011

JudgeMOHD ROSLI BIN HJ OSMAN
Judgment Date14 April 2011
CourtSession Court (Malaysia)
AppellantPENDAKWARAYA
Record Number62-62-2011
RespondentFADZIL BIN AHMAD


DALAM MAHKAMAH SESYEN DI ALOR STAR

DIDALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA

JENAYAH NO : 62-62-2011


ANTARA


PENDAKWARAYA


LAWAN


FADZIL BIN AHMAD


NOTA KETERANGAN


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 14 APRIL 2011

DALAM MAHKAMAH TERBUKA


TPR – Tn Mohd Rizal bin Fadzil

OKT hadir kali pertama.

Pertuduhan dibacakan kepada OKT oleh J/bahasa dan difahami oleh OKT. OKT pohon dibicarakan ke atas pertuduhan.

TPR - Jaminan ditawarkan sebanyak RM8,000.00 dengan seorang penjamin.

OKT – Saya pohon jaminan dikurangkan kerana saya mempunyai 5 orang anak dan bekerja sebagai buruh.

Mahkamah Jaminan dibenarkan sebanyak RM7,000.00 dengan seorang penjamin.

TPR – Pohon tarikh untuk dapatkan laporan perubatan (mangsa) dan serahan dokumen.


Mahkamah 15.5.2011 (s).

t.t Mohd Rosli

14/04/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 15 MEI 2011

DALAM MAHKAMAH TERBUKA


TPR – Pn Azlena bt Hashim

OKT hadir.

TPR - laporan perubatan (mangsa) belum diterima.


Mahkamah 14.6.2011 untuk dapatkan laporan perubatan mangsa.

Jaminan dilanjutkan.


t.t Mohd Rosli

15/05/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 14 JUN 2011

DALAM MAHKAMAH TERBUKA


TPR – Pn Azlena bt Hashim

OKT hadir.

TPR - laporan perubatan (mangsa) belum diterima.


Mahkamah: 12.7.2011 untuk dapatkan laporan perubatan mangsa.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

14/06/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 12 JULAI 2011

DALAM MAHKAMAH TERBUKA


TPR – Pn Azlena bt Hashim

OKT hadir.

TPR - laporan perubatan (mangsa) telah diterima. Tetapi tidak dapat dsierahkan pada hari ini.


Mahkamah: 4.8.2011 untuk serahan laporan perubatan mangsa.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

12/07/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 4 OGOS 2011


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Ayu Rohaiza bt Khazali

OKT hadir. En. Mohd Irwan Khoirzan hadir mewakili OKT.

TPR – Pohon tarikh sebutan baru kerana laporan kimia/DNA belum diterima.


Mahkamah: 7.9.2011 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

t.t Mohd Rosli

04/08/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 7 SEPTEMBER 2011


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Ayu Rohaiza bt Khazali

OKT hadir. En. Mohd Irwan Khoirzan hadir mewakili OKT.

TPR - laporan kimia/DNA belum diperolehi daripada Jabatan Kimia P.Pinang.


Mahkamah: 6.10.2011 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

07/09/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 6 OKTOBER 2011


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Ayu Rohaiza bt Khazali

OKT hadir. En. Mohd Irwan Khoirzan hadir mewakili OKT.

TPR - Pohon satu lagi tarikh sebutan kerana laporan kimia/DNA belum siap.


Mahkamah: 8.11.2011 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

06/10/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 8 NOVEMBER 2011


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Ayu Rohaiza bt Khazali

OKT hadir.

TPR - laporan kimia/DNA belum diterima.


Mahkamah: 11.12.2011 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

08/11/2011

KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 11 DISEMBER 2011


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Aisyaf Falina bt Abdullah.

OKT hadir.

TPR - laporan kimia/DNA belum diterima.


Mahkamah: 16.1.2012 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

11/12/2011


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 16 JANUARI 2012


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Aisyaf Falina bt Abdullah.

OKT hadir.

TPR - laporan kimia/DNA masih belum diterima.


Mahkamah: 20.2.2012 untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

16/01/2012


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 20 FEBRUARI 2012


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Aisyaf Falina bt Abdullah.

OKT hadir.

TPR - laporan kimia/DNA masih belum diterima.


Mahkamah: 25.3.2012 tarikh terakhir untuk dapatkan laporan kimia/DNA.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

20/02/2012


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 25 MARCH 2012


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Aisyaf Falina bt Abdullah.

OKT hadir.

TPR - laporan kimia/DNA telah diterima.

OKT – Firma Guaman yang mewakili saya telah ditutup. Saya akan melantik peguam baru.

Mahkamah: 16.4.2012 untuk OKT melantik peguam serahan dokumen kepada OKT.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

25/03/2012


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 16 APRIL 2012


DALAM MAHKAMAH TERBUKA

TPR – Pn Azlena bt Hashim.

OKT hadir.

OKT telah melantik peguam baru. Peguam baru OKT En. Pyara Singh hadir.

TPR – Dokumen-dokumen masih belum diserahkan kepada OKT.

Mahkamah: 16.6.2012 untuk bicara.

Jaminan dilanjutkan.

t.t Mohd Rosli

16/04/2012


KORUM : MOHD ROSLI BIN HJ OSMAN

PADA : 12 JUN 2012

DALAM MAHKAMAH TERBUKA


OKT hadir.

TPR Puan Azlena binti Hashim.

Mr. Pyara bagi pihak OKT.


TPR – Pohon buat pindaan ke atas pertuduhan secara lisan. Perenggan dua terakhir iaitu ”dihukum di bawah s.376 Kanun Kesiksaan dipinda kepada s. 376(1) Kanun Kesiksaan ”.



Peguambela OKT – pohon dibacakan pertuduhan kepada OKT.

Mahkamah: Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada OKT dan difahami oleh OKT. OKT masih minta dibicarakan.


SP1

Dr. Nurul Asyikin binti Abu Bakar

29 tahun

Pegawai Perubatan di Jabatan Obstertrics & Gynecology (O&G)

Hospital Sultanah Bahiyah

Beri keterangan dan bersumpah dalam Bahasa Malaysia


Pemeriksaan Utama-SP1


Di mana Dr bertugas sekarang?

Di Jabatan O&G, Hospital Sultanah Bahiyah


Sebagai apa?

Pegawai Perubatan.


Dr bertugas di Bahagian O & G sejak bila?

Sejak Mei 2009.


Apakah kelayakan akademik Dr?

Ijazah MBBCHBAO dari Royal College of Surgeon, Ireland.


Boleh Dr beritahu kursus-kursus yang pernah Dr hadiri berkaitan dengan bidang O&G?

Banyak, antaranya ialah kursus berkaitan dengan rawatan untuk pesakit obstertrics penyakit puan dan juga kursus OSCC (One Stop Crisis Centre).


Dr pernah beri keterangan di mahkamah sebelum ini?

Tidak pernah, ini kali pertama.


Boleh jelaskan tentang bidang tugas Dr?

Bidang tugas saya banyak kepada merawat pesakit-pesakit obstertrics dan juga berkaitan sakit puan samada di bilik bersalin, wad dan di klinik.


Adakah Dr juga turut menerima kes-kes seksual yang dirujuk oleh pihak polis?

Ya.


Dan adakah Dr juga pernah memeriksa mangsa rogol?

Ya pernah.


Pada 6.4.2011, Dr bertugas di mana?

Jabatan yang sama (O&G) di Hospital Sultanah Bahiyah.


Pada tarikh tersebut ada Dr terima pesakit bernama Noor Hafizah binti Said?

Ya.


Boleh Dr camkan pesakit tersebut?

Boleh.


TPR - Pohon Noor Hafizah dipanggil untuk pengecaman.

TPR - Adakah ini pesakit yang Dr rawat tersebut?

Ya.


Mahkamah : Noor Hafizah binti Said (mangsa) dicamkan.


Kenapa pesakit dirujuk kepada Dr?

Pesakit dirujuk kepada saya untuk pemeriksaan kes rogol.


Siapa yang bawa pesakit ini untuk dirujuk kepada Dr?

Pegawai polis, Norhaslina binti Othman.


Bagaimana keadaan peskait sewaktu dia berjumpa Dr?

Pesakit dalam keadaan sedar. Beliau juga nampak tenang dan dapat menjawab soalan yang saya ajukan dengan baik.


Adakah Dr menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit?

Ya, saya buat pemeriksaan ke atas bahagian kemaluannya.


Apakah hasil pemeriksaan yang Dr jalankan?

Saya mendapati terdapat kesan calar pada posterior fourchettenya yang masih nampak tanda-tanda radang seperti kemerahan, juga terdapat koyakan separa pada kedudukan jam 3.


Dr boleh terangkan di mana bahagian posterior fourchette ini?

Saya pohon untuk lukis kerana payah untuk explain.

Mahkamah: SP1 (Dr) telah membuat lakaran/lukisan yang menunjukkan kedudukan posterior fourchette dan dikemukakan kepada mahkamah.


Dr, tadi Dr ada beritahu ada kesan calar dan koyakan separa pada kedudukan jam 3 posterior fourchette mangsa. Boleh Dr terangkan apakah yang boleh menyebabkan koyakan tersebut?

Koyakan boleh disebabkan oleh tusukan atau kemasukan benda-benda tumpul dan bagi koyakan separa ia boleh disebabkan oleh tusukan atau kemasukan separa iaitu tidak masuk sepenuhnya ataupun boleh disebabkan oleh trauma terhadap bahagian kemaluan contohnya seperti jatuh basikal atau aktiviti lasak.


Pada pendapat Dr adakah kemasukan kemaluan lelaki iaitu zakar boleh menyebabkan koyakan seperti ini?

Ya, jika ianya separa.


Koyakan pada jam 3 yang Dr maksdukan tadi adakah ianya koyakan baru atau koyakan lama?

Daripada pengamatan dan pemeriksaan saya, ia nampak seperti koyakan lama.


Boleh Dr terangkan apa yang dimaksudkan dengan koyakan lama?

Selalunya untuk membezakan antara koyakan lama dan baru, koyakan baru akan nampak seperti keradangan contohnya seperti kemerah-merahan atau pendarahan.


Koyakan lama pula?

Koyakan lama pula ia tiada kesan-kesan radangan. Ia lebih kepada warna putih atau warna asal hymen.


Daripada kesan koyakan tersebut boleh Dr tentukan tempoh atau masa kejadian?

Kesan koyakan itu nampak seperti lama tetapi ada kesan calar yang nampak masih kemerah-merahan dan selalunya trauma itu berlaku dalam masa 72 jam.


Pada pendapat Dr untuk seseorang yang aktif atau pun pernah melakukan hubungan sex, dan jika ianya melakukan hubungan sex dalam jangkamasa terdekat dan Dr membuat pemeriksaan pada keesokan harinya, adakah akan ada kesan koyakan baru pada posterior fourchette ataupun hymen?

Tidak semestinya ada kesan koyakan baru pada hymennya.


Hasil pemeriksan ke...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT