Muhammad Sulaiman Bin Dzulkifley v Mohammad Shukribin Abu Hassan

JudgeKANAGEWARI NALLIAH
Judgment DateNULL
CourtUnspecified court (Malaysia)
Record NumberA53KJ-138-03/2015

DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL (2), SEREMBAN

DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA

SAMAN NO: A53KJ-138-03/2015



ANTARA


1 MUHAMMAD SULAIMAN BIN DZULKIFLEY

(Seorang kanak-kanak di bawah umur dan membawa tindakan

ini melalui bapa yang sah dan sahabat wakilnya)

2 DZULKIFLEY BIN MOHD TAWIL … Plaintif-Plaintif


DAN


1 MOHAMMAD SHUKRI BIN ABU HASSAN

2 YAHAYA BIN HASSAN … Defendan-Defendan




@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

ALASAN PENGHAKIMAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@















Tuntutan Plaintif-Plaintif



  1. Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah untuk gantirugi am dan khas termasuk faedah bagi kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama dalam satu kemalangan jalan raya pada 8/9/2013 di antara motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan sebuah motorkar yang dipandu oleh Defendan Pertama.



  1. Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil dua orang saksi iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) dan Dzulkifley bin Mohd Tawil (ayah Plaintif Pertama - SP2), manakala Defendan-Defendan juga telah mengemukakan keterangan-keterangan mereka melalui saksi mereka iaitu Defendan Pertama (SD1).



Kes Plaintif-Plaintif



  1. SP1 dalam keterangan di Mahkamah telah menyatakan bahawa beliau telah menyiasat satu kemalangan pada 8/9/2013 yang melibatkan sebuah motorkar dengan no. pendaftaran Satria 837 dan sebuah motorsikal dengan no. pendaftaran NBX 6639. Mengikut SP1 arah perjalanan motorsikal tersebut adalah dari arah Teluk Kemang ke Port Dickson (dari bawah ke atas dalam rajah kasar - P1). Manakala motorkar Defendan Pertama dikatakan keluar dari kawasan persimpangan parking menghala ke Pekan Port Dickson (juga dari arah bawah ke atas rajah kasar - P1).



  1. SP1 menyatakan kesan-kesan kemalangan di tempat kemalangan adalah kesan pecahan dan kesan darah yang ditandakan sebagai ‘D’ dan ‘E’ dalam P1.



  1. SP1 juga menyatakan kerosakan pada kenderaan-kenderaan adalah seperti berikut:



a) Motorsikal : fork depan bengkok, meter pecah, cover depan pecah, kepuk angin pecah dan bakul pecah.

b) Motorkar : bumper belakang kemek, nombor pendaftaran pecah, spoiler patah di bahagian sebelah kanan.



  1. SP1 menyatakan siasatan belum selesai memandangkan Plaintif Pertama tidak membuat sebarang report polis.



Kes Defendan



  1. SD1 dalam keterangan di Mahkamah telah menyatakan bahawa pada hari tersebut dia sedang memandu motorkarnya dari Bt 4 ke Bandar Port Dickson. Sesampainya dia di situ dia telah berhenti sekejap iaitu lebih kurang ½ jam. Kemudian dia telah keluar daripada simpang dan dalam jarak 40 kaki selepas itu kemalangan berlaku. SD1 menyatakan pada ketika itu dia sedang memandu perlahan.



Keputusan Mahkamah mengenai Isu Liabiliti



  1. Setelah mendengar kesemua saksi-saksi dan meneliti kesemua keterangan-keterangan di hadapan Mahkamah, Mahkamah telah mendapati Plaintif gagal membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian justeru menolak tuntutan Plaintif. Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah untuk memutuskan sedemikian:



(a) Beban pembuktian.



Mahkamah merujuk kepada kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 mengenai beban pembuktian pihak Plaintif dalam kes kecuaian:









In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. "Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself."



(b) Dalam kes ini, Plaintif tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh Plaintif. Oleh yang demikian Mahkamah dalam kes ini hanya dapat mempertimbangkan keterangan yang diberi oleh SP1 (Pegawai Penyiasat) dan SD1 (Defendan Pertama).



  1. Adalah tidak dipertikaikan bahawa motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif telah melanggar bahagian belakang sisi kanan motorkar Defendan. Berdasarkan kesan pelanggaran ini, ia menyokong versi Defendan bahawa ini adalah satu kes langgar belakang.



  1. SD1 dalam keterangan telah menyatakan bahawa dia telah keluar simpang dan telah terus memandu dalam jarak lebih kurang 40 kaki sebelum kemalangan ini berlaku. Tidak ada sebab mengapa Mahkamah tidak seharusnya menerima keterangan SD1 lebih-lebih lagi ianya telah disahkan oleh SP1 sendiri. Ini menunjukkan SD1 telah masuk ke jalan utama. Plaintif Pertama yang sedang menunggang dari belakang telah terus melanggar motorkar SD1 di bahagian belakangnya. Ini sekali lagi membuktikan bahawa ianya satu kes langgar belakang.





  1. SP1 dalam keterangan beliau telah menyatakan bahawa terdapatnya seorang saksi bebas iaitu kawan Plantif Pertama yang bernama Mohd Azman telah berjumpa dan memberi keterangan kepada SP1 pada 27/9/2013. Mengikut SP1, saksi bebas telah disuruh oleh peguam Plaintif untuk berjumpa dan memberi penyataan kepada SP1. Namun saksi bebas ini tidak dikemukakan di Mahkamah oleh pihak Plaintif. Dalam kes ini, Mahkamah menggunapakai S114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap Plaintif iaitu jika saksi bebas ini telah hadir dan memberi keterangan di Mahkamah ianya tidak akan memihak kepada Plaintif.



  1. Dalam kes ini berdasarkan keterangan SP1 dan SD1, Mahkamah mendapati jalan tersebut adalah satu jalan yang lurus dan tiada sebarang halangan pada pemandangan serta tiada sebarang kesan brek untuk menunjukkan Plaintif Pertama telah cuba elak pelanggaran tersebut.



  1. Mahkamah merujuk kepada otoriti-otoriti dibawah untuk menyokong keputusan Mahkamah bahawa Plaintif Pertama dalam kes adalah bertanggungan sepenuhnya ke atas kemalangan ini.



i) Mahkamah merujuk kepada Rule 22 Highway Code “If you collide into the rear of a vehicle travelling infront of you, it is your own fault”.



ii) Selanjutnya, Mahkamah memohon Mahkamah yang Mulia untuk merujuk kepada kes Abidin bin Umar v. Doraisamy & Anor [1994] 1 MLJ 617 di mana telah menyatakan prinsip undang-undang bahawa:-



“it is trite law that a following driver should take up such a position and drive in such a fasion as will enable him to deal with all traffic exigencies”





iii) Seterusnya, Mahkamah merujuk kepada kes Mathavan a/l Shanmugam v. Woo Bee Leng [1955] 1 MLJ 841 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa:-



“motorcyclist colliding into rear of motorcar wholly to blame”.



iv) Dharam Singh [1955] 4 CLJ 207



“driver of a bus driven in exessive speed and colliding into rear of car which was infront was held wholly to blame”



h) Dalam kes ini, Mahkamah juga mengambil maklum (“take judicial notice”) bahawa Plaintif Pertama yang ketika kemalangan ini berumur 15 tahun tidak memiliki sebarang lesen untuk menunggang motorsikal. Walaupun kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah-Mahkamah menyatakan bahawa ketiadaan lesen per se tidak menjadikan ianya satu kecuaian, namun Mahkamah dalam kes ini mendapati ianya adalah satu faktor memandangkan ketiadaan lesen menunjukkan Plaintif Pertama bukan seorang yang sah berpengalaman atau berkompeten untuk menunggang motorsikal, terutamanya dalam kes Mahkamah hari ini tiada keterangan menunjukkan berapa lama Plaintif Pertama telah menunggang motorsikal.



  1. Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif dengan kos.













Provisional Kuantum


  1. Dalam kes ini, laporan perubatan dan laporan pakar yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak adalah seperti berikut:

a) Laporan perubatan Hospital Tuanku Jaafar bertarikh 26.3.2014

b) Laporan Jabatan Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur bertarikh 12.1.2015

c) Laporan pakar Jabatan Surgeri, UKM bertarikh 26.2.2015

d) Laporan pakar peguam Defendan dari UM Specialist Centre bertarikh 31.7.2015.



  1. Berdasarkan laporan perubatan dari Hospital Tuanku Jaafar, kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama adalah seperti berikut:



a) Severe Traumatic Brain Injury

b) Closed Fracture Distal End Left Radius

c) Closed Fracture Distal 3rd Left Ulna

d) Closed Fracture Midshaft Left Femur



  1. Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur menyatakan seperti berikut:



a) 6cm laceration wound left frontal region

b) Severe head injury with compound depressed fracture left frontal bone and left frontal contusion

c) Closed fracture left femur

d) Close fracture distal end left radius/ulna











  1. Laporan pakar Plaintif (UKM) menyatakan seperti berikut:



Keilatan Plaintif adalah seperti berikut:



- ambulates normally

- 12cm surgical scar over the extensor aspect left forearm

- 20cm jagged surgical scar lateral aspect left thigh

- 1.5cm muscle wasting over right forearm

- 1.0cm muscle wasting left thigh

- no limb length discrepancy

- range of movement over forearm, wrist and knee is full and equal

- reduction of muscle power over left knee and wrist to 4/5

- sensation is normal

- united fracture left femur

- unite fracture left distal radius/ulna”



  1. Laporan pakar Defendan (UM Specialist Centre) pula menyatakan seperti berikut:



a) The Plaintiff’s neurocognitive assessment revealed impairment in concentration. The other neurocognitive domains were within...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT