Maria Chin Binti Abdullah v Pendakwa Raya, 18-04-2016

JudgeDATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH
Judgment Date18 April 2016
CourtHigh Court (Malaysia)
AppellantMARIA CHIN BINTI ABDULLAH
Record Number44-127-12/2015
RespondentPENDAKWA RAYA

21




DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR

DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PERMOHONAN JENAYAH JENAYAH NO: 44-127-12/2015



MARIA CHIN BINTI ABDULLAH

LAWAN

PENDAKWA RAYA





PENGHAKIMAN



Latar Belakang Kes:

  1. Pada 3 November 2015 Pemohon iaitu Maria Chin binti Abdullah telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan dihukum dibawah Seksyen 9(5) Akta yang sama;



  1. Walaubagaimanapun pada 11 Disember 2015 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang sama pihak Responden telah mengemukakan pertuduhan pindaan yang mana perkataan “bersama-sama yang masih bebas” telah dipinda dalam pertuduhan tersebut. Apabila pertuduhan dibacakan semula, Pemohon Mengaku Tidak Bersalah dan pohon DiBicarakan Pertuduhan Pindaan terhadap Pemohon adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 29 Ogos 2015 diantara jam lebih kurang 2.00 petang hingga 3.00 petang berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah NU Sentral Jalan Tun Sambanthan, didalam daerah Brickfields, didalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjur satu perhimpunan ditempat tersebut dan sebagai penganjur, kamu telah gagal memberi pemberitahuan kepada Ketua Polis Daerah Brickfields tersebut sepuluh (10) hari sebelum perhimpunan tersebut diadakan, oleh yang demikian kamu telah melanggar kehendak Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 9(5) Akta yang sama”



  1. Sementara menunggu dibicarakan, Pemohon telah memfailkan Notis Usul yang bertarikh 11 Disember 2015 yang disokong oleh Affidavit Sokongan oleh Pemohon yang bertrikh pada 11 Disember 2015 dan 29 Februari 2016. Dalam masa yang sama, pihak Responden telah memfailkan Affidavit Jawapan bertarikh 3 Februari 2016;



  1. Dalam Notis Usul Pemohon bertarikh 11 Disember 2015, Pemohon telah membuat permohonan kepada Mahkamah ini untuk memohon perintah-perintah seperti berikut:



  1. Bahawa Mahkamah yang mulia ini melaksanakan kuasa-kuasanya untuk mengeluarkan suatu perintah supaya pendakwaan dan pertuduhan jenayah terhadap Pemohon didalam kes jenayah Saman No: 63-002-10-2015 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diketepikan (set aside) dan/atau dibatalkan (quashed) dan/atau digantung selamanya (permanently stayed);



  1. Susulan dari itu, bahawa Mahkamah yang mulai ini memerintahkan agar Pemohon dibebaskan dan dilepaskan;



  1. Sementara menunggu penyelesaian pendengaran usul ini, perbicaraan kes jenayah Saman No: 63-002-10/2015 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hendaklah digantung atau ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian pendengaran usul ini; dan





  1. Sebarang perintah-perintah/relif yang selanjutnya difikirkan adil dan suaimanfaat



  1. Dalam menyokong permohonan ini, Pemohon telah mengemukakan alasan-alasannya seperti berikut:

  1. Pada semua masa yang material termasuk pada tarikh yang dinyatakan di dalam Caj terhadap Pemohon didalam Saman No: 63-002-10/2015 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, iaitu 29 Ogos 2015, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telahpun diistiharkan sebagai batal dan tiak sah serta tidak berperlembagaan;



  1. Pemohon tidak boleh dicaj secara retrospektif dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika disabit kesalahan, dihukum dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah pun diistiharkan sebagai batal dan tidak sah serta tidak berpelembagaan; dan



  1. Pendakwaan dan Pertuduhan terhadap Pemohon adalah Mala Fide, Tidak Berasas Tidak Sah, satu Penyalah Gunaan Proses Mahkamah, Mengaibkan, Remeh dan atau Menyusahkan.



  1. Justeru itu, kesan daripada permohonan Pemohon adalah:

  1. Memohon kepada Mahkamah ini agar mengeluarkan satu Perintah untuk membenarkan Pertuduhan Jenayah terhadap Pemohon dibawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 diketepikan dan terbatal;



  1. Memohon Perintah Mahkamah ini agar Pemohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan sekiranya permohonan (a) diatas dibenarkan;



  1. Memohon Perintah Mahkamah untuk membenarkan kes Saman No: 63-002-10/2015 dapat ditangguhkan sementara menunggu perlupusan Permohonan ini





Peruntukan Statut

7. Pemberitahuan Perhimpunan – Undang-undang dan Hukuman

(1) Seseorang penganjur hendaklah, sepuluh hari sebelum perhimpunan, memberitahu Pegawai Yang Menjaga Daerah Polis dimana perhimpunan itu hendak diadakan;



(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi:

(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat

perhimpunan yang ditetapkan; dan

(b) mana-mana perhimpunan lain yang dinyatakan

dalam Jadual Ketiga;



(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengembumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis dimana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai meminta bantuan demikian;

(4) Pemberitahuan dibawah Subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis dimana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan;



(5) Seseorang yang melanggar Subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit



Fakta-fakta yang tidak dipertikaikan

  1. Pemohon merupakan Pengerusi Bersih 2.0 yang menganjurkan perarakan Bersih 4;



  1. Bersih 2.0 telah memaklumkan kepada pihak polis secara bertulis bahawa perarakan Bersih 4 akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 28 Ogos 2015 dan 30 Ogos 2015 melalui surat bertarikh 10 Ogos 2015 yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar. Pihak polis telah Akui Terima surat tersebut pada 11 Ogos 2015;



  1. Perarakan Bersih 4 telah diadakan secara aman di Kuala Lumpur bagi tempoh 34 jam mulai 29 Ogos 2015 jam 2 petang hingga 30 Ogos 2015 jam 11.59 pagi.



  • Melalui akhbat The Star bertarikh 31 Ogos 2015 bertajuk “Bersih 4 ends as it began – peacefully” , Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mohd Isa mengesahkan bahawa perarakan Bersih 4 diadakan secara aman dan pemprotes telah menurut segala arahan-arahan yang diberikan;



  • Melalui akhbar The Malay Mail bertarikh 31 Ogos 2015, bertajuk “ No infrastructural damage to city”, Datuk Bandar Kuala Lumpur selanjutnya menyatakan bahawa Bersih 4 tidak menyebabkan apa-apa kerosakan infrastruktur di Bandar.



Isu Utama Permohonan

  1. Adalah didapati bahawa Pemohon TIDAK memohon kepada Mahkamah ini satu Perintah untuk memutuskan samada Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi memohon kepada Mahkamah ini agar pendakwaan dan pertuduhan terhadap Pemohon dibatalkan atas alasan pada 29 Ogos 2015, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah diistiharkan oleh Mahkamah Rayuan sebaga tidak sah, batal dan tidak berperlembagaan dan Pemohon tidak seharusnya dituduh secara retrospektif atas alasan yang sama



Penghakiman Mahkamah Rayuan

  1. Sebelum Mahkamah ini memutuskan isu utama permohonan ini, adalah perlu dilihat penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai samda isu ini atau isu-isu yang berkaitan dan bersampingan dengan Isu Utama Permohonan. Seksyen 9(1) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah dicabar dalam prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Dalam kes: Nik Nazmi bin Nik Ahmad v. PP (2014) 4 MLJ 157, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:

“………..(77) a search through the text of the Federal Constitution reveals that the word “restriction” is used several times. Articles 67, 111, 112, 127, 135 and 151 impose “restriction” on the powers of the government, legislature and Parliament. But there is nothing in these articles that seem to suggest that any breach of these articles by the powers that be should amount to criminal offence……



.(78) the word “restriction” in respect of fundamental liberties appears only in arts. 9 and 10 of the Federal Constitution, Again, there is nothing express in these articles that the breach of such “restrictions” ought to give rise to criminal prosecution or sanction. Therefore, a consistent interpretation would be that the word “restriction” does not imple the power to criminaliase the breach of any such “restriction”………………..

(81) in my considered view I hold that section 9(5) of the PAA is ultra vires art. 10 of the Federal Constitution for having criminalized a breach of the restriction under section 9(1) and is therefore unconstitutional………….

…………….(141) it is not permissible to read into art. 10 to permit for criminalization of breach of restriction per se more so to restriction which has nothing to do with the assembly per se. That is to say PAA 2012 gives a right for everyone to assemble whether notice was or was not given. To criminalise for not giving notive and penalizing the organizer in fact has no nexus to “public order” or “interest of the security of the Federation” unless the assembly was not peaceful. In crux, section 9(5) must fail under “reasonable test” as well as the “proportionality test” as it has no nexus to “public order”, “security of the Federation” and/or an assembly which was not peaceful……………”

Pada mukasurat 177 perenggan 44, mahkamah ini memutuskan seperti berikut:

“………………Section 9(1) is constitutional but section 9(5) must be held as ultra vires the Federal Constitution and therefore ipso facto null and void………”



  1. Adalah didapati pada 25 April 2014 dalam penghakiman kes Nik Nazmi, Mahkamah Rayuan telah sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah berperlembagaan tetapi Seksyen 9(5)...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT