Low Ai Lean v Nurul Zubaidah Binti Shahul Hameed

JudgeMohamed Aznin Bin Dato’ Mohamed Ariff
Judgment DateNULL
CourtMagistrate's Court (Malaysia)
Record Number73-92-2009

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (4)

DI GEORGETOWN PULAU PINANG

SAMAN NO: 73-92-2009



ANTARA



  1. LOW AI LEAN …PLAINTIF PERTAMA

  2. PEH WOOI PING MENUNTUT SELAKU

BAPA YANG SAH DAN SAHABAT

WAKIL KEPADA TERRY PEH

YONG KAI ‘SI BUDAK’ …PLAINTIF KEDUA



DAN



NURUL ZUBAIDAH BINTI SHAHUL HAMEED …DEFENDAN





ALASAN PENGHAKIMAN



Fakta Ringkas:

Pada masa kemalangan Plaintif Pertama adalah penunggang motor no. PCV 3348 manakala Plaintif Kedua adalah pembonceng motor tersebut. Defendan pula pada masa kemalangan adalah penunggang motor no. PGU 5566.

Plaintif Pertama menyatakan bahawa pada 13-09-2008 jam lebih kurang 2.00 petang semasa beliau sedang menunggang motor dan dibonceng oleh Plaintif Kedua di Jalan Thean Teik secara tiba-tiba mereka telah dilanggar oleh motor Defendan dari arah belakang. Akibat pelanggaran itu Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua mengalami kecederaan Plaintif Pertama menegaskan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan.

Defendan menafikan kenyataan Plaintif Pertama bahawa beliau telah cuai dan menyatakan bahawa kemalangan tersebut secara keseluruhannya disebabkan dan/atau secara alternatif disumbang oleh kecuaian Plaintif Pertama. Defendan juga membuat Tuntutan Balas dan Tolakan terhadap Plaintif Pertama untuk sumbangan ke atas kesemua tuntutan Plaintif Kedua dan tanggungan gantirugi tersebut ditolak daripada tuntutan gantirugi Plaintif Pertama.





Kedudukan Undang-Undang

Isu Liabiliti:

  1. Walaupun pihak Defendan membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah iaitu Isu Liabiliti dan Isu Kuantum, namun begitu Mahkamah tidak akan membuat Alasan Penghakiman ke atas Isu Liabiliti. Ini kerana keputusan Mahkamah di mana Plaintif dan Defendan masing-masing berliabiliti sebanyak 50% - 50% adalah berdasarkan Hujahan pihak Defendan iaitu sekiranya Mahkamah mendapati terdapat kecuaian ke atas Defendan maka liabiliti perlu diagihkan sebanyak 50%-50%.

  2. Mahkamah tidak memahami tindakan pihak Defendan yang membuat rayuan ke atas keputusan liabiliti yang dihujahkan oleh pihak Defendan sendiri Oleh yang demikian, hanya Alasan Penghakiman ke atas Isu Kuantum sahaja yang akan disediakan.



Isu Kuantum :

  1. Gantirugi Khas

  • Plaintif Pertama

Keputusan Mahkamah adalah berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, oleh itu Alasan Penghakiman tidak akan disediakan.



  • Plaintif Kedua

Keputusan Mahkamah adalah berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, oleh itu Alasan Penghakiman tidak akan disediakan.



  1. Gantirugi Am

  • Plaintif Pertama

  1. Untuk closed fracture of left 5th and 7th ribs Mahkamah memberi award sebanyak RM 10,000 mengikut purata kadar award kes-kes semasa. Rujuk kes-kes,

  1. Sumber B Dollah & Anor v Yeo Ngee Chiang & Anor [2008] 1 PIR [28]

Fracture of three ribs RM 12,000



  1. Amat B Majid v Azmi B Kamat & Anor [2009] 1 PIR [23]

Fracture of left 6th and 7th ribs RM 10,000



  1. Untuk abrasion wound over the left shoulder region Mahkamah memberi award sebanyak RM 3,000 mengikut purata kadar award kes semasa serta mengambil kira Plaintif Pertama juga mengalami tenderness over the anterior left chest wall dan terpaksa menjalani treatment with chest physiotherapy Rujuk kes,

  1. Khairol Faiz B Kamarolzaman (seorang yang di bawah umur menuntut melalui bapa atau sahabat wakil Kamarolzaman B Abdul Halim) & Anor v Zainal B Mohd Zain & Anor [2008] 2 PIR [32]

Multiple abrasion wounds over the left shoulder and left hand

RM 5000



  1. Vigi A/L Periakaruppan v Buang B Nassiam & Anor [2009] 1 PIR [27]

Abrasion wound over the right shoulder RM 1,000



  • Plaintif Kedua

  1. Untuk cerebral concussion Mahkamah memberi award sebanyak RM 5,000 mengikut kadar award kes semasa dan mengambil kira Plaintif Kedua adalah kanak-kanak berumur 8 tahun ketika tarikh kemalangan. Rujuk kes,

Mohd Amirul Fahmi B Anwarul Hakim (seorang kanak-kanak yang mendakwa melalui ibu yang sah dan wakil sahabatnya, Mazanah Bt Abdul Kahar) v Zul-Husni Fakhri B Muhammad & Anor [2009] 1 PIR [61]

Cerebral concussion RM 5,000



  1. Untuk multiple abrasion wound (over left cheek, right knee and palm of the left hand) Mahkamah memberi award sebanyak RM 4,000 mengikut purata kadar award kes semasa. Rujuk kes,

Said B Harun & 2 Ors v Kilang Papan Maran Sin Hin Sdn Bhd & Anor [2008] 1 PIR [13

Multiple abrasion wounds over the face, hands and feet RM 4000





Keputusan:-

Setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan, serta meneliti hujahan-hujahan dan autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah membuat keputusan seperti berikut :-



  1. Liabiliti:

  • Plaintif Pertama dan Defendan masing-masing berliabiliti sebanyak 50%-50%

  • Tuntutan Plaintif Kedua ke atas Defendan dibenarkan

  • Tuntutan Balas dan Tolakan Defendan ke atas Plaintif Pertama juga dibenarkan



  1. Gantirugi Khas Plaintif Pertama:

Seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

  • Item (a),(b),(c),(d) dan (h) Penyata Tuntutan RM 500

  • Kehilangan punca pendapatan RM 1,350



  1. Gantirugi Khas Plaintif Kedua:

Seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

  • Item (a),(b) dan (c) Penyata Tuntutan RM 1,060



  1. Gantirugi Am...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT