Letchumie A/P Kuppusamy v Mohd Khairolazuan Bin Mohd Supian
| Court | Unspecified court (Malaysia) |
| Judge | Kanageswari Nalliah |
| Judgment Date | NULL |
| Record Number | A53KJ-70-02/2015 |
DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL (2), SEREMBAN
DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO: A53KJ-70-02/2015
ANTARA
1. LETCHUMIE A/P KUPPUSAMY
(Membawa tindakan ini sebagai isteri yang sah disisi
Undang-undang kepada simati GANESAN A/L PERUMAL)
2. EIGHT ARASAR A/L GANESAN
(Membawa tindakan ini sebagai anak yang sah disisi
Undang-undang dan sebagai Pentadbir Harta
Pusaka Niat GANESAN A/L PERUMAL
… PLAINTIF-PLAINTIF
DAN
1. MOHD KHAIROLAZUAN BIN MOHD SUPIAN
2. MUHAMMAD SUHAIMI BIN MOHD LORDDIN
… DEFENDAN -DEFENDAN
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
ALASAN PENGHAKIMAN
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tuntutan Plaintif-Plaintif
-
Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah untuk gantirugi am, khas, faedah dan kos terhadap Defendan-Defendan untuk kecederaan yang dialami oleh Ganesan a/l Perumal (simati) berdasarkan satu kemalangan jalan raya antara sebuah basikal yang ditunggang oleh Ganesan a/l Perumal (“simati”) dengan sebuah motorsikal no. pendaftaran FY 3009 D yang ditunggang oleh Defendan Kedua.
-
Kemalangan tersebut berlaku pada 8/9/2012 jam lebih kurang 2 petang di KM 1.6 Jalan By Pass, Port Dickson.
-
Seramai tiga orang saksi telah memberi keterangan bagi pihak Plaintif-Plaintif iaitu Pegawai Penyiasat (SP1), Saksi bebas (Mohd Sulaiman bin Abdul Manaf - SP2) dan Plaintif Kedua (SP3). Defendan Kedua (SD1) telah memberi keterangan bagi pihak Defendan-Defendan.
Rayuan ke Mahkamah Tinggi
1. Rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah hanya di atas isu liabiliti sahaja
Kes Plaintif
-
Mengikut keterangan SP1 (Pegawai Penyiasat), beliau telah menyiasat satu kemalangan yang telah berlaku pada 8/9/2012 di KM 1.6 Jalan By Pass, Port Dickson yang melibatkan sebuah basikal yang ditunggang oleh Ganesan a/l Perumal (simati) dengan sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Defendan Kedua.
-
Mengikut keterangan SP1, simati yang mengalami kecederaan yang serius telah meninggal dunia pada 23/2/2013 iaitu selepas lebih kurang 6 bulan selepas kemalangan tersebut.
-
SP1 dalam keterangan beliau telah menyatakan bahawa hasil siasatan beliau menunjukkan bahawa simati adalah dari arah Teluk Kemang menghala ke arah Lukut iaitu dari arah bawah ke atas dalam rajah kasar (P1), dan Defendan Kedua juga adalah dari arah yang sama. Mengikut SP1 lagi siasatan beliau menunjukkan bahawa simati sedang menghala ke rumahnya selepas membeli nombor 4D dari Teluk Kemang (iaitu dari bawah ke atas dalam rajah kasar).
-
SP2, seorang saksi bebas telah memberi keterangan bahawa pada masa kemalangan tersebut, dia sedang menunggang sebuah motorsikal dengan no. pendaftaran NCM 6170 dari arah Port Dickson ke arah Lukut (dari arah bawah ke atas dalam P1). Ketika itu, dia melihat motorsikal Defendan Kedua dengan arah perjalanan yang sama dengannya yang telah memotong motorsikalnya dengan kelajuan yang tinggi. Apabila SP2 sampai di KM 1.6 (tempat kejadian tersebut) dia melihat motorsikal yang sama terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah basikal.
-
Mengikut SP2. dia melihat motorsikal NCM 6170 terjatuh di lorong laluan pertama (lorong paling kiri). SP2 juga dalam keterangannya telah menyatakan bahawa dia melihat basikal berada dalam keadaan terjatuh dan terbaring di lorong pertama juga. SP2 juga menyatakan dia melihat seorang lelaki India yang sudah tercedera berlumuran darah terbaring di lorong kiri tersebut. SP2 telah membantu mangsa untuk dihantar ke hospital melalui ambulans. Satu laporan polis juga dibuat oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai P6.
-
SP3 iaitu Plaintif Ketiga dalam kes ini telah menyatakan bahawa kebiasaanya ayah beliau (“simati”) akan pergi mengambil nombor di sebuah kedai nombor 4D dan akan balik ke rumahnya selepas itu.
Kes Defendan
-
SD1 (Defendan Kedua) dalam keterangan di Mahkamah telah menyatakan seperti berikut:
“Saya datang dari arah Telok Kemang ke Lukut, saya menunggang motorsikal dengan kelajuan 60 kmj, saya mengekori sebiji kereta di hadapan saya di lorong kanan. Jarak kereta yang saya ekori itu adalah dalam sebiji kereta. Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba ada sebuah basikal (yang dikayuh) yang berhenti di tengah simpang dan kemudian melintas di hadapan kereta yang saya ekori. Kereta tersebut sempat untuk mengelak tetapi saya tidak sempat kerana kereta yang saya ekori itu masuk ke lorong kiri. Saya hanya mampu menekan brek dan terlanggar basikal tersebut. Basikal tersebut datang dari arah sebelah kanan dan kemungkinan dari simpang kanan jalan”.
Keputusan Mahkamah mengenai Isu Liabiliti
1. Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif dalam kes ini. Berikut adalah alasan Mahkamah untuk berbuat demikian:
a) Adalah menjadi kes Defendan bahawa simati sedang mengayuh basikal dan telah berhenti di tengah simpang, turun daripada basikal dan menolak basikal untuk melintas di hadapan sebuah kereta yang diekori oleh SD1. Mengikut SD1 pemandu kereta di hadapannya sempat mengelak simati tetapi SD1 hanya mampu menekan brek dan terlanggar basikal tersebut. Arah basikal mengikut SD1 adalah dari kanan ke kiri dalam rajah kasar (P1).
b) Mengikut SD1, simati sedang mengayuh keluar dari simpang di kanan. Dan SD1 telah menandakan ‘W’ dalam P1 sebagai tempat simati turun dari basikalnya dan ‘S’ sebagai tempat di mana pelanggaran tersebut berlaku. Walaubagaimanapun Mahkamah mendapati berdasarkan rajah kasar yang telah dilakarkan oleh Pegawai Penyiasat (SP1), semua bukit fizikal iaitu pecahan komponen, kesan calar dan kesan darah berada jauh lebih bawah dalam rajah kasar dan bukannya di tempat ‘S’ yang ditandakan oleh SD1. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati tiadanya kemungkinan bagi pelanggaran berlaku di ‘S’ seperti yang dinyatakan oleh SD1 ini.
c) Mahkamah juga merujuk kes Abdul Kadir Mohamad v Kamarulzaman Mohd Zin [2001] 5 CLJ 249 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut :
“… glass fragments and position of vehicles establish beyond doubt collision occurred on Plaintiff’s lawful path”.
d) Mahkamah juga merujuk kepada kes Fatimah bt. Derakman v Wan Jusoh bin Wan Kolok [1994] 4 CLJ 537 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:
“…. in the absence of evidence to the contrary, it is always a safe guide to adopt that the point of impact is at or around the point where the pieces of glass are mostly found ...”.
e) Tiada saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut namun Mahkamah telah mempertimbangkan keterangan SP2 iaitu seorang saksi yang telah melihat SD1 menunggang motorsikal dengan kelajuan yang tinggi sebelum kemalangan tersebut. Oleh yang demikian sukar bagi Mahkamah untuk menerima keterangan SD1 bahawa dia sedang menunggang motorsikal pada kelajuan 60 kmj lebih-lebih lagi memandangkan motorsikal yang ditunggangnya merupakan motorsikal berkelajuan tinggi iaitu 1000 cc.
f) Mahkamah juga mendapati jika benar SD1 sedang menunggang motorsikalnya dalam kelajuan 60 kmj, motorsikal tersebut tidak akan menyeret basikal tersebut dalam jarak yang jauh seperti mana yang ditanda sebagai ‘D’ dalam P1. Ini juga membuktikan bahawa SD1 sedang menunggang motorsikal dengan laju.
g) Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan SP3 dan SP1 bahawa simati tinggal di No. 18 Kg Arab, Jalan Shell iaitu di bahagian ke atas dalam P1. Jika simati dalam perjalanan balik ke rumahnya ia perlu melalui arah Telok Kemang menghala ke Lukut (dari bawah ke atas dalam rajah kasar). SP1 juga dalam keterangan di Mahkamah telah menyatakan bahawa berdasarkan siasatannya simati pada hari tersebut sedang menghala ke rumahnya selepas membeli nombor 4D.
h) Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SD1 di Mahkamah dan pernyataan yang diberi di dalam laporan polis (D4) adalah bercanggah dan terdapat beberapa perkara yang dinyatakan dalam Mahkamah tidak dimasukkan dalam laporan polis SD1.
i) Keterangan SD2 di Mahkamah adalah seperti berikut:
“Saya datang dari arah Telok Kemang ke Lukut, saya menunggang motorsikal dengan kelajuan 60 kmj, saya mengekori sebiji kereta di hadapan saya di lorong kanan. Jarak kereta yang saya ekori itu adalah dalam sebiji kereta. Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba ada sebuah basikal (yang dikayuh) yang berhenti di tengah simpang dan kemudian melintas di hadapan kereta yang saya ekori. Kereta tersebut sempat untuk mengelak tetapi saya tidak sempat kerana kereta yang saya ekori itu masuk ke lorong kiri. Saya hanya mampu menekan brek dan terlanggar basikal tersebut. Basikal tersebut datang dari arah sebelah kanan dan kemungkinan dari simpang kanan jalan”.
j) Manakala laporan polis (D4) yang dibuat pada hari yang sama kemalangan berlaku dinyatakan seperti berikut:
“Pada 8/9/2012 jam lebih kurang 1400 hrs, saya menunggang motorsikal FY 3009 dari arah jalan Pantai menghala ke Lukut.
Apabila saya sampai di KM 1.6 Jalan By Pass PD, masa itu saya dapati sebuah basikal yang keluar dari arah sebelah kanan menuju ke sebelah kiri, oleh kerana sudah dekat, saya cuba brek untuk mengelak tetapi terlanggar juga penunggang basikal tersebut.”
k) Mahkamah mendapati bahawa SD1 tidak menyatakan bahawa dia sedang menunggang dalam kelajuan 60 kmj dan terdapatnya sebuah motorkar di hadapan di dalam laporan polis yang sempat mengelak simati tersebut. SD1 tidak menyatakan di mana basikal itu datang dalam laporan polis tetapi di Mahkamah...
Get this document and AI-powered insights with a free trial of vLex and Vincent AI
Get Started for FreeUnlock full access with a free 7-day trial
Transform your legal research with vLex
-
Complete access to the largest collection of common law case law on one platform
-
Generate AI case summaries that instantly highlight key legal issues
-
Advanced search capabilities with precise filtering and sorting options
-
Comprehensive legal content with documents across 100+ jurisdictions
-
Trusted by 2 million professionals including top global firms
-
Access AI-Powered Research with Vincent AI: Natural language queries with verified citations
Unlock full access with a free 7-day trial