Lee Yuet Sim v Lee Wooi Seng

JudgeMohamed Aznin Bin Mohamed Ariff
Judgment DateNULL
CourtMagistrate's Court (Malaysia)
Record Number73-344-2008

6


DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL (4)

DI GEORGETOWN PULAU PINANG

SAMAN NO: 73-344-2008



ANTARA



LEE YUET SIM …PLAINTIF

(Ibu dan wakil yang sah

Lim Yoke Ping, simati)



-LWN-



LEE WOOI SENG …DEFENDAN



ALASAN PENGHAKIMAN



Fakta Ringkas:

Plaintif adalah ibu dan wakil yang sah di sisi undang-undang kepada simati Lim Yoke Peng. Pada 30/12/07 jam lebih kurang 10.00 pagi simati sedang berjalan kaki di Jalan Sir Ibrahim. Semasa simati berada di tepi jalan Defendan yang menunggang motor no. pendaftaran PGN 4709 dari arah Jalan Tan Sri The Ewe Lim menghala ke Jalan Jelutong telah melanggar simati.

Di dalam kes ini liabiliti telah dipersetujui iaitu Defendan 50% dan Plaintif 50%. Oleh itu perbicaraan telah dijalankan untuk isu kuantum sahaja. Tuntutan yang dibuat oleh pihak Plaintif adalah Kehilangan Sumbangan dan Perbelanjaan Pengebumian.



Kedudukan Undang-Undang



  1. Kehilangan Sumbangan

  1. Tuntutan Kehilangan Sumbangan dibuat di dalam kapasiti Plaintif sebagai ibu dan wasi kepada simati di bawah Seksyen 7(2) Akta Undang-Undang Sivil 1956 Menurut Plaintif simati tinggal bersama beliau di sebuah rumah sewa Simati menjalankan perniagaan menjual kuih di rumah sewa tersebut Plaintif beri keterangan bahawa beliau tidak mengetahui pendapatan plaintif dari hasil menjual kuih tetapi pada setiap bulan simati akan memberi RM 800 kepada beliau untuk sewa dan perbelanjaan rumah.

  2. Walaupun Plaintif tidak dapat mengemukakan sebarang bukti dokumen ke Mahkamah berkenaan pendapatan dan perniagaan kuih simati, namun begitu Mahkamah mengambil kira beberapa fakta untuk mempercayai keterangan Plaintif. Fakta yang pertama mengenai perniagaan kuih simati yang dijalankan di rumah sewa tersebut. Mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman terhadap fakta ini kerana sebagai penjual kuih simati tidak mempunyai penyata gaji dan juga penjual kuih secara kecilan tidak akan mengemukakan resit kepada pelanggan. Rujuk:-

Abdul Hamid v. Ooi Teik Ean (1979) 1 MLJ 244

Seksyen 56 Akta Keterangan 1950

  1. Fakta kedua ialah Plaintif berumur 75 ketika kemalangan dan seorang perempuan tua yang uzur dan tidak bekerja. Oleh itu, adalah mustahil untuk Plaintif menyara kehidupan beliau sendiri tanpa sumbangan daripada sesiapa.

  2. Fakta ketiga ialah SP2 yang merupakan pemilik rumah sewa yang diduduki oleh Plaintif dan simati telah memberi keterangan bahawa beliau tahu simati ada memberi duit sewa rumah kepada Plaintif untuk dibayar kepada beliau. Walaupun SP2 tidak dapat mengemukakan resit bayaran sewa namun berdasarkan keterangan SP2 bahawa beliau dan Plaintif adalah kenalan lama sejak tahun 1970 maka Mahkamah mengambil kira fakta bahawa hubungan sedemikian menyebabkan SP2 tidak perlu mengemukakan resit kepada Plaintif sebagai bukti pembayaran sewa rumah.

  3. Oleh yang demikian, berdasarkan fakta-fakta tersebut Mahkamah berpendapat ini adalah memadai untuk menunjukkan bahawa Plaintif ada menerima sumbangan daripada simati. Rujuk:-

Muhamad Bin Hashim v. Teoh Teik Chai & Anor [1996] 4 MLJ 7

  1. Pada tarikh kematian pada 30/12/07 simati berumur 53 tahun. Kaedah yang digunakan oleh Mahkamah untuk menilai Kehilangan Sumbangan adalah berdasarkan seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956 seperti berikut.

55 – 53 (umur masa kematian) / 2 = 1 (tahun)

1 tahun = 12 bulan

RM 800 (pendapatan sebulan) x 12 bulan = RM 9,600

  1. Selain itu, Plaintif juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa simati ada membuat kerja sambilan sebagai pemandu pelancong Indonesia. SP3 seorang rakyat Indonesia yang merupakan sahabat kepada simati telah memberi keterangan bahawa beliau yang mengaturkan kerja sambilan ini kepada simati setiap kali ada pelancong Indonesia yang datang ke Pulau Pinang. Namun begitu, SP3 tidak tahu berapa bayaran sebenar yang diterima oleh simati setiap kali menjadi pemandu pelancong. SP3 juga menyatakan wang tidak dibayar melalui beliau tetapi terus kepada simati. SP3 hanya dapat membuat anggaran pendapatan simati sebagai pemandu pelancong adalah di dalam lingkungan RM 1,000 ke RM 2,000 sebulan. Memandangkan ini bukan pekerjaan tetap simati dan saksi tidak dapat menyatakan jumlah sebenar pendapatan...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT