Kairuddin Bin Md. Rosly v Pendakwa Raya, 27-09-2016

JudgeHJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH
Judgment Date27 September 2016
CourtHigh Court (Malaysia)
Record Number42(S)-125-11/2015

27


DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR

DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

RAYUAN JENAYAH NO: 42(S)-125-11/2015



KAIRUDDIN BIN MD. ROSLY

LAWAN

PENDAKWA RAYA



PENGHAKIMAN



Latar Belakang

  1. Ini merupakan satu rayuan yang difailkan oleh pihak Perayu (En Kairuddin bin Md. Rosly) terhadap keseluruhan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 30 Oktober 2015 yang memutuskan Perayu didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan menurut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan. Hakim Mahkamah Sesyen setelah mendengar Hujahan-hujahan dari Timbalan Pendakwa Raya dan fakta-fakta mitigasi Perayu, telah menjatuhkan hukuman 20 Tahun Penjara mulai dari tarikh tangkap (14 November 2014) dan 15 Sebatan Pihak Perayu telah menghadapi pertuduhan seperti berikut:

Bahawa kamu pada 07 November 2014 di hantar jam lebih kurang 5.00 petang hingga 9.00 malam bertempat di dalam sebuah bilik di alamat No. 63C Jalan Tiong Nam, di dalam Daerah Dang Wangi, di dalam Bandaraya Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah di dapati merogol seorang perempuan nama Hafizah Tun Nisa, Sijil Kelahiran No. C141238, umur 6 Tahun 10 Bulan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.”



Latar Belakang Kes

Setelah meneliti dan melihat Rekod-rekod Rayuan, kes ini dapatlah di simpulkan seperti berikut:

  1. Pada November 2014, Perayu telah menyewa dan tinggal bersama-sama dengan isterinya, Muzaroah (SP4) seorang warganegara Indonesia di sebuah bilik di nombor 63C, Jalan Tiong Nam, berdekatan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ahli keluarga Perayu lain yang tinggal bersama adalah Hafizah Tun Nisa (Mangsa)(SP9) yang merupakan anak tiri Perayu (anak kandung (SP4) berumur lebih kurang 6 Tahun) dan 2 lagi adik (SP9);



  1. Perayu telah bekerja disebuah restoren “Abang” dikawasan Chow Kit manakala (SP4) bekerja sebagai jurujual di kawasan Masjid India. Perayu bekerja disetiap hari selain hari Jumaat dan tamat bekerja jam 5.00 petang. (SP4) pula bekerja setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam;



  1. Mengenai urusan penjagaan (SP9), dari Isnin hingga Jumaat, Perayu menghantar Mangsa (SP9) pergi ke Pusat Kanak-kanak di Yayasan Chow Kit pada sebelah pagi. Perayu akan mengambil Mangsa (SP9) pada jam lebih kurang 5.00 petang untuk membawa pulang ke rumah;



  1. Bagi urusan menjaga 2 orang anak (SP4) yang lain, (SP4) menghantar mereka ke rumah pengasuh yang terletak di sebelah rumah mereka. (SP4) akan mengambil kedua-dua anak dari pengasuh apabila beliau balik dari kerja;



  1. Semasa sessi kaunseling di Yayasan Chow Kit pada Sabtu, 8 November 2014, saksi, Puan Lee Chow Hui (SP5) mendapati Mangsa (SP9) murung dan kelihatan sedih. Mangsa (SP9) ada memaklumkan kepada saksi (SP5) bahawa beliau dirogol oleh bapanya pada hari Jumaat (07 November 2014);



  1. Mengsyakki suatu kejadian buruk mungkin telah berlaku, (SP5) memaklumkan kepada Tuan Noor Hasini binti Tuan Omar (SP2) mengenai perkara ini melalui wasaup (P2). Saksi (SP2) telah memeriksa Mangsa (SP9) dan mengadakan temubual. Mangsa (SP9) telah memberitahu bahawa bapanya telah memasukkan “burungnya” kedalam “pepetnya”. Ianya berlaku setiap hari Jumaat di rumahnya. Apabila ditanya lanjut, Mangsa (SP9) telah menunjukkan tempat pepetnya iaitu dibahagian kemaluan kepada (SP2). Susulan daripada ini, saksi (SP2) telah membuat Laporan Polis (P3) pada 14 November 2014.



Penghujahan Pihak Peguam Perayu

  1. Pihak Peguam Perayu telah tidak berpuas hati dengan perintah dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terutamanya mengenai isu kredibiliti Mangsa (SP9) yang ujud percanggahan dalam keterangannya berkenaan tarikh dan masa kejadian. Peguam menyatakan bahawa saksi (SP9) tidak dapat mengingati waktu kejadian, tarikh, tempoh masa, berapa lama kejadian berlaku dan perbezaan antara siang dan malam. Justeru itu ianya adalah terjumlah kepada satu salah arah yang mewajarkan campurtangan Mahkamah Yang Mulia ini;



  1. Sungguhpun Hakim Bicara masih boleh menyabitkan Perayu walaupun tidak ada keterangan sokongan jika Hakim Bicara telah memberikan amaran bahawa keterangan (SP9) dipercayai dan tidak memerlukan keterangan sokongan tetapi dalam kes ini keterangan sokongan amatlah diperlukan. Walaubagaimanapun tiada ujud sebarang keterangan-keterangan yang menyokong Sabitan dan Hukuman terhadap Perayu.





Penghujahan Timbalan Pendakwa Raya

  1. Secara dasarnya, Timbalan Pendakwa Raya telah menghujahkan bahawa Hakim Sesyen adalah betul dalam membuat keputusan dengan mendapati Perayu bersalah dan disabitkan atas kesalahan rogol dengan meneliti segala elemen-elemen kesalahan rogol sebelum membuat keputusannnya. Hakim Sesyen adalah menurut peruntukan undang-undang apabila mendapati bahawa elemen paksaan bukanlah satu keperluan bagi kesalahan merogol kanak-kanak dibawah 16 tahun seperti didalam kes ini;



  1. Hakim Sesyen telah memberikan perhatian yang sangat wajar apabila meneliti keterangan yang diberikan oleh seorang kanak-kanak dengan mematuhi peruntukan Seksyen 133A Akta Keterangan;




  1. Dalam meneliti segala keterangan yang diberikan oleh seorang kanak-kanak, Hakim Sesyen telah melihat dan membuat penilaian sendiri terhadap kredibiliti dan “demeanour” keterangan Mangsa semasa memberikan keterangannya di dalam mahkamah;



  1. Hakim Sesyen juga sebelum membuat keputusannya telah mempertimbangkan keterangan-keterangan sokongan terutamanya (SP2), (SP4), (SP5) dan (SP8);



  1. Hakim Sesyen juga membuat keputusan tanpa meragukan terhadap identiti Perayu semasa kejadian berlaku;



  1. Peruntukan Undang-undang

Seksyen 375: Rogol

Seseorang lelaki adalah dikatakan melakukan “rogol” jika ia, kecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk dibawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:

  1. Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu;



  1. Dengan tiada kerelaan perempuan itu;



  1. Dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannnya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut;



  1. Dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa ia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberikan kerana perempuan itu percaya lelaki itu adalah seorang lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah disisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan;



  1. Dengan kerelaannnya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan;



  1. ……………………………..



  1. Samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun



Seksyen 376: Hukuman bagi Rogol

(1)………..

(2) Barang siapa melakukan Rogol keatas seorang

perempuan dibawah mana-mana keadaan berikut:

(e) samada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak, apabila perempuan itu dibawah umur dua belas tahun;

Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak lebih dari tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.



16. Justeru itu di mahkamah ini, dalam kes-kes yang melibatkan kesalahan Rogol menurut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan, adalah didapati bahawa Hakim Sesyen telah membuat kedapatan undang-undang yang betul apabila menyatakan (mukasurat 10 dan 11 Rekod Rayuan):

“………peruntukan seksyen 376(2)(e) jelas menyatakan bahawa kesalahan rogol tetap berlaku “with or without her consent, when she is under twelve years of age”. Justeru itu soal kerelaan adalah tidak berkaitan. Dalam kes sekarang, (SP9) tidak mungkin sedikitpun merelakan kejadian ini kerana beliau sendiri seorang kanak-kanak yang tidak mengerti “apa” sebenarnya berlaku….”



Pendapat Mahkamah:

  1. Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah samada Mahkamah ini boleh dan perlu mencampuri urusan keputusan kehakiman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman kes : Herchun Singh & Ors. v. Public Prosecutor (1969) 1 MLRA 382 (FC) seperti berikut:

“…………..An appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King Emperor AIR [1934] PC 22………..;


Peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam kes diatas telah berulangkali diikuti oleh beberapa kes-kes yang lain seperti kes: Public Prosecutor v. Muhammad Nasriq Abdullah (2015) MLRHU 322, (2014) 3 MLJ 380 dimana mahkamah memutuskan bahawa:

…………………..“Ianya juga adalah undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mencampuri keputusan mahkamah rendah terhadap penemuan sebarang fakta kecuali penemuan fakta tersebut adalah salah (sila rujuk kepada kes: Gobinath Reddy a/l Gopal v. Public Prosecutor (2014) 1 MLJ 446 dimana kemudiannya diikuti dalam kes: Reza Malek Zadeh Sahabali v. Public Prosecutor (2012) MLRHU 1815, (2014) 3 MLJ 380) yang memutuskan sebagaimana berikut:

The present appeal is substantially factual. The learned judge has considered and evaluated the evidence before him and found hat the defence has failed to raise a reasonable doubt in the prosecution case. We find no errror that warrants appellate intervention. In any...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT