Bank Utama (Malaysia) Berhad v Syrene Holdings Sdn. Bhd., 30-11-2010

JudgeDATUK NOR BEE BINTI ARIFFIN
Judgment Date30 November 2010
CourtHigh Court (Malaysia)
Record Number22-355-1997

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

GUAMAN SIVIL NO. 22-355-1997



ANTARA


BANK UTAMA (MALAYSIA) BERHAD [No. 27714-A] ... PLAINTIF

DAN

  1. SYRENE HOLDINGS SDN BHD [5925/81]

  2. SYED AZAHARI BIN SYED NOH SHAHABUDIN DEFENDAN-

  3. CHAN CHEE KHUEN ... DEFENDAN



ALASAN PENGHAKIMAN



Kes Plaintif

1. Tuntutan plaintif terhadap defendan pertama (“D1”), iaitu syarikat pengeluar tilam adalah bagi kemudahan overdraf dan pinjaman yang diberikan kepada D1 dan terhadap D2 dan D3 sebagai penjamin bagi kemudahan tersebut. Melalui suatu perintah peletakhakan bertarikh 8.04.2003 (“perintah peletakhakan”), plaintif telah diambil alih oleh RHB Bank Bhd. D1 kini tidak lagi wujud dan telah menjadi dorman selama lebih daripada 10 tahun.



2. Dalam tahun 1985, melalui surat tawaran bertarikh 10.8.1985, plaintif telah menawarkan kepada D1 dan D1 menerima kemudahan pinjaman sebanyak RM1.3 juta (“LOO 1”). Kemudian atas permintaan D1, melalui surat tawaran bertarikh 15.7.1988 plaintif menawarkan kepada D1 dan D1 menerima kemudahan overdraf tambahan sebanyak RM700,000.0 (“LOO 2”). Juga atas permintaan D1, melalui surat bertarikh 6.2.1990, plaintif bersetuju menukarkan jumlah tertunggak yang terhutang dan kena dibayar di bawah LOO 1 sebanyak RM1,273,649.36 kepada term loan yang kena dibayar selama tempoh 2 tahun (“LOO 3”). Tiada perubahan dibuat kepada kemudahan overdraf sebanyak RM700,000.00 di bawah LOO 2.



3. D1 menerima LOO 1, LOO 2 dan LOO 3 plaintif (masing-masing ekshibit P1, P2 dan P3). Sekuriti bagi pinjaman tersebut adalah -



  1. bagi LOO 1, D1 melaksanakan debenture bertarikh 30.8.1985 (exhibit P4 selepas ini disebut “Debentur 1”). D2 dan D3 pula melaksanakan suatu jaminan bertarikh 30.8.1985 (exhibit P5, selepas ini disebut “Jaminan 1”);

  2. bagi LOO 2, D1 melaksanakan debentur bertarikh 26.7.1988 (exhibit P6, selepas ini disebut “Debentur 2”). D2 dan D3 melaksanakan suatu jaminan bertarikh 26.7.1988 (exhibit P7, selepas ini disebut “Jaminan 2”) dan Agreement for the Assignment of Proceeds of Contract bertarikh 28.7.1988 (exhibit P8 selepas ini disebut “perjanjian penyerahakkan”);



  1. bagi LOO 3, D1 melaksanakan suatu perjanjian tambahan bertarikh 14.11.1990 yang merupakan tambahan kepada Debentur 1 dan Debentur 2 (exhibit P9). D2 dan D3 bersetuju bahawa Jaminan 1 juga menjadi jaminan bagi LOO 3.



4. Perakuan keberhutangan (certificate of indebtedness) yang ditandatangani oleh SP2 (ekshibit P15) mengesahkan bahawa defendan terhutang kepada plaintif sebanyak RM749,231.74 bagi for LOO 3 dan RM692,596.90 bagi LOO 2 setakat 31.1.1997. Perakuan ini menjadi bukti konklusif keberhutangan defendan menurut kuasa klausa 4.9 Debentur 1, klausa 3.15 Jaminan 1, klausa 4.6 Debentur 2 dan klausa 2(s) Jaminan 2.



5. Plaintif telah mengemukakan tiga surat tuntutan kepada D1, D2 dan D3 bertarikh 19.8.1996 (exhibit P11), 29.11.1996 (exhibit P12) dan 4.3.1997 (ekshibit P13) yang dihantar secara pos berdaftar bagi surat tuntutan yang pertama dan yang lainnya secara pos berdaftar AR ke alamat perniagaan D1 dan alamat terakhir diketahui D2 dan D3 (bukti pengeposan masing-masing sebagai ekshibit P11A, P12A dan P13A). Adalah menjadi kes plaintif bahawa tiada defendan yang mempertikaikan atau mencabar jumlah wang yang dituntut dalam surat-surat tuntutan tersebut.



Kes Defendan

6. D3 ialah saksi tunggal defendan. Beliau juga merupakan pengarah urusan defendan. Beliau tidak diberi kuasa untuk memberi keterangan bagi pihak D2 yang tidak menghadiri perbicaraan kes ini sepanjang ianya berlangsung. Tidak ada penafian oleh D3 tentang semua kemudahan pinjaman yang diberikan kepada D1 oleh plaintif dan diakuinya telah diterima dan digunakan oleh defendan. D3 juga mengesahkan pelaksanaan kesemua ekshibit P1 hingga P9 oleh D1 dan oleh penjamin D2 dan D3.



7. Di perenggan 14 pernyataan pembelaan, defendan memplid bahawa berikutan dengan cadangan penyelesaian oleh D1 dan D3, D3 telah menyediakan cek berjumlah RM40,000.00 dan 4 cek kemudiannya berjumlah RM80,000.00 setiap satu kepada plaintif dan oleh itu plaintif diestop daripada meneruskan tindakan ini setelah menunaikan cek yang pertama berjumlah RM40,000.00. Keterangan yang dikemukakan oleh D3 dalam kes ini bertumpu kepada cadangan penyelesaian yang dikatakan telah dipersetujui oleh plaintif. D3 menafikan bahawa representasi tentang cadangan penyelesaian adalah tidak benar dan penyelesaian sebenarnya dibuat secara unilateral oleh D3 kerana tidak diterima oleh plaintif.



Isu

8. Ikatan C menyenaraikan isu-isu untuk dibicarakan. Berdasarkan kepada pengakuan D3 bahawa D1 dan D3 tidak mempertikaikan atau menafikan yang semua kemudahan pinjaman yang diberikan kepada D1 telah diterima dan digunakan oleh mereka selain D3 juga mengesahkan pelaksanaan kesemua ekshibit P1 hingga P9 oleh D1 dan penjamin D2 dan D3, maka saya berpendapat isu no. 1, 2 dan 3 tidak lagi menjadi releven. D3 juga memberi keterangan bahawa beliau tidak memberi keterangan bagi pihak D2. Saya mendapati tidak ada keterangan yang dibawa dalam perbicaraan ini berhubung dengan pli tentang seorang bernama Tan Tiong Hooi telah menggantikan D2 sebagai penjamin dalam perenggan 12 dan tentang pli di perenggan 15 pernyataan pembelaan dan tidak ada apa-apa dokumen yang menunjukkan bahawa Tan Tiong Hooi telah menggantikan D2 sebagai penjamin dalam tahun 1992. Oleh itu saya memutuskan bahawa isu no. 10 dan 11 juga tidak lagi menjadi relevan. Isu-isu yang lain saya rumuskan seperti yang berikut:

  1. sama ada plaintif mempunya locus standi untuk membawa tindakan ini setelah diambil alih oleh RHB Bank Bhd dalam tahun 2003;



  1. sama ada terdapat cadangan penyelesaian untuk D1 dan D3 membayar secara ansuran;



  1. sama ada plaintif diestop daripada meneruskan tindakan ini.



Dapatan Saya

Isu (a)

9. Keterangan SP1 dan SP2 menunjukkan bahawa terdapat suatu perintah peletakhakan bertarikh 8.4.2003 (“perintah peletakhakan”) dan tidak ada naskhah perintah peletakhakan itu di hadapan Mahkamah. Menurut kuasa perintah peletakhakan itu, Bank Utama (Malaysia) Berhad (“Bank Utama”) telah terhenti kewujudannya dan kini menjadi RHB Bank Bhd. Pihak-pihak tidak mempertikaikan bahawa Writ Saman masih mempaparkan Bank Utama sebagai plaintif dan tidak ada penggantian kepada RHB yang dibuat sehingga kini. Keterangan SP2 menyatakan bahawa dengan kuasa perintah peletakhakan itu, segala asset dan liabilities Bank Utama terletak hak pada RHB Bank Bhd dan perintah itu menjadi notis kepada semua tentang peletakhakan itu.



10. Peguam cara defendan yang bijaksana, Encik Sakthy Vell Saminathan menghujahkan bahawa plaintif bukannya pihak yang sepatutnya berada di hadapan Mahkamah kerana telah terhenti kewujudannya sejak 2003 dengan berkuat kuasanya perintah peletakhakan bertarikh 8.4.2003 (“perintah peletakhakan”). Perlu diperhatikan pada masa yang sama terdapat ketidakkonsistenan dalam hujahan apabila beliau turut menghujahkan bahawa tidak ada keterangan dokumentari yang menyatakan terdapat perintah peletakhakan itu. Selain itu, turut disentuh beliau tentang tidak adanya penggantian pihak sehingga kini dalam tindakan ini dan plaintif telah melanggari peruntukan Aturan 15 kaedah 7(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (“KTM”) dan kes Standard Chartered Bank v Asia Transport Services (M) Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLJ 157 disebut sebagai menyokong hujahan beliau.



11. Peguam cara plaintif yang bijaksana Encik Yau Her Lerk menghujahkan bahawa perkara ini tidak diplid dan tidak perlu saya pertimbangkan. Walaupun isu locus standi tidak diplid tetapi apabila persoalan mengenainya yang dikemukakan kepada SP1 dan SP2 tidak dibantah oleh Encik Yau, berdasarkan keputusan Mahkamah Agung dalam kes Superintendent of Lands and Surveys, 4th Division & Anor. v. Hamit B. Matusin & 6 Ors. [1994] 3 CLJ 567 yang menyatakan yang berikut di muka surat 571-572:



“…..Therefore a Court inevitably ought to enquire, when there is failure to object to such evidence when it is adduced, whether it is such a radical departure, if not, it is a mere variation, modification or a development, then the impropriety of admission of such evidence at variance with the pleading is deemed to be waived and the defect in such pleading cured.”.


Tidak ada “radical departure” sebagaimana yang dimaksudkan oleh Mahkamah Agung dalam kes ini. Malah, isu mengenai perubahan entiti ini dimulakan oleh plaintif. Berdasarkan keputusan Mahkamah ini, saya akan meneruskan mempertimbangkan isu ini.



12. Saya tidak mempunyai sebab untuk meragui kewujudan perintah peletakhakan yang memindahkan segala hak dan liabiliti plaintif kepada RHB Bank Bhd sebagai entiti baru. Keterangan SP1 dan SP2 mengenainya adalah konsisten dan tidak dipatahkan walaupun naskhah perintah itu tidak pernah dikemukakan dalam perbicaraan. Tidak ada keterangan yang dibawa dalam kes D1 dan D3 yang mempertikaikan kewujudan perintah peletakhakan itu. Encik Sakthy Vell sendiri dalam hujahan telah mengambil pendirian menerima kewujudan perintah peletakhakan itu apabila membangkitkan ketinggalan (omission) plaintif berhubung dengan pemakaian peruntukan Aturan 15 kaedah 7(2) KTM. Oleh itu, adalah wajar dan munasabah disifatkan D1 dan D3 telah menerima hakikat bahawa plaintif adalah bank pendulu dan RHB Bank Bhd sebagai bank pengganti....

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT