Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025

JurisdictionMalaysia
Coming into Force22 April 2025
CitationAkta A1759
Date22 April 2025
Type of DocumentAct

Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 April 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 April 2025

Hakcipta Pencetak H

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk

yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau

sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

Suatu Akta untuk meminda Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 2010.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

  1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian Terhad dan

Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan (Pindaan) 2025.

  1. Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad

Labuan 2010 [Akta 707], yang disebut “Akta ibu” dalam

Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif “pemastautin”,

dengan menggantikan perkataan “menurut seksyen 43 Akta Kawalan

Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]” dengan perkataan “menurut

perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]

dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759]”.

  1. Subseksyen 9(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan

selepas perkataan “di pejabat daftarnya yang terdahulu” perkataan

“atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor

yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”.

4. Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan

subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Bagi maksud Akta ini, apa-apa proses, dokumen atau

notis yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan

telah disampaikan kepada sesuatu perkongsian terhad Labuan

jika proses, dokumen atau notis itu—

(a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau

pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar

perkongsian terhad Labuan itu yang diketahui; atau

(b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor

yang diberikan oleh perkongsian terhad Labuan itu.”.

5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33

seksyen yang berikut:

33a. Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan

di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan

kepada sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan jika proses,

dokumen atau notis itu—

(a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa

atau pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat

berdaftar perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang

diketahui; atau

(b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau

nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti

terhad Labuan itu.”.

6. Seksyen 52Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Apa-apa proses, dokumen atau notis yang disampaikan

di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan ke atas

sesuatu perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf jika proses,

dokumen atau notis itu—

(a) ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau

pos berdaftar kepada alamat terakhir pejabat berdaftar

perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu yang

diketahui; atau

(b) dihantar melalui cara elektronik kepada alamat atau

nombor yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad

yang diiktiraf itu.”.

7. Subseksyen 63(4) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

perkataan “pejabat berdaftarnya yang terdahulu” perkataan “atau

disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor

yang diberikan oleh perkongsian liabiliti terhad Labuan itu.”.

8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69

bahagian yang berikut:

69a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang

sebenar yang memiliki atau mengawal sesuatu perkongsian

terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau

perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, secara keseluruhan

atau sebahagian, melalui pemilikan atau kawalan langsung atau

tidak langsung atas sumbangan modal atau hak mengundi atau

kepentingan pemilikan lain dalam suatu perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf itu, atau yang menjalankan kawalan

dan pengaruh yang berkesan dalam suatu perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf itu sebagaimana yang ditentukan

oleh Lembaga.

69b. (1) Tiap–tiap perkongsian terhad Labuan, perkongsian

liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad

yang diiktiraf hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya

benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti

terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf

itu dan merekodkan dalam daftar itu—

(a) nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan

dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan

pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan,

perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf itu;

(b) tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial

perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti

terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang

diiktiraf itu;

(c) tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya

benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian

liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti

terhad yang diiktiraf itu; dan

(d) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan

oleh Lembaga.

(2) Daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan,

perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti

terhad yang diiktiraf hendaklah disimpan di pejabat berdaftar

perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan

atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.

(3) Perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti

terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf

hendaklah memfailkan dengan Lembaga suatu notis tentang

apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya

benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti

terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf

yitu.

(4) Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah difailkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh

perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial

perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan

atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu.

(5) Syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian

terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau

perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu hendaklah memegang

simpan maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam

daftar pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan, perkongsian

liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang

diiktiraf itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya

terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad Labuan,

perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti

terhad yang diiktiraf itu selama enam tahun dari tarikh orang

sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6) Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar

yang terhenti menjadi pemunya benefisial perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf di bawah subseksyen (5) hendaklah

dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial perkongsian

terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau

perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf itu selepas tamat tempoh

enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi

seorang pemunya benefisial.

(7) Jika suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian

liabiliti terhad Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang

diiktiraf mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan

atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini,

perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan,

perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf, pekongsi atau

syarikat amanah Labuan yang dilantik oleh perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf itu melakukan suatu kesalahan

dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya.

(8) Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat

maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan

difailkan di bawah subseksyen (3).

(9) Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan

suatu perkongsian terhad Labuan, perkongsian liabiliti terhad

Labuan atau perkongsian liabiliti terhad yang diiktiraf untuk

memberikan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana

yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan

pemunya benefisial yang disimpan oleh perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang diiktiraf itu.

(10) Daftar pemunya benefisial suatu perkongsian terhad

Labuan, perkongsian liabiliti terhad Labuan atau perkongsian

liabiliti terhad yang...

Get this document and AI-powered insights with a free trial of vLex and Vincent AI

Get Started for Free

Unlock full access with a free 7-day trial

Transform your legal research with vLex

  • Complete access to the largest collection of common law case law on one platform

  • Generate AI case summaries that instantly highlight key legal issues

  • Advanced search capabilities with precise filtering and sorting options

  • Comprehensive legal content with documents across 100+ jurisdictions

  • Trusted by 2 million professionals including top global firms

  • Access AI-Powered Research with Vincent AI: Natural language queries with verified citations

vLex