AKTA KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN 1966
| Jurisdiction | Malaysia |
| Coming into Force | 01 January 1967 |
| Citation | Akta 406 |
| Date | 01 January 2006 |
| Type of Document | Act |
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi
Development Funds Act 1966 [Act 406]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan
sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32],
teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat … … … 1966 (Akta No.70 tahun 1966)
Disemak … … … … … 1989 (Akta 406 m.b.p.
14 Disember 1989)
3
Seksyen
Tajuk ringkas dan pemakaian
1A. Tafsiran
Wang yang dikehendaki dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Penggunaan wang dalam Kumpulan Wang
Anggaran pembangunan
Pindah peruntukan
Rizab Luar Jangka dalam anggaran Pembangunan
Luputnya penguntukan
Kuasa bagi pengeluaran jumlah wang yang diuntukkan, dll.
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 406
Seksyen
9. Kumpulan Wang Pembangunan Negeri
Pemansuhan
Pindaan berbangkit
Kecualian
Pengesahan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
JADUAL KETIGA
5
Suatu Akta yang berhubungan dengan Kumpulan Wang Pembangunan
Persekutuan dan untuk membuat peruntukan yang berhubungan
dengan tatacara kewangan yang berkenaan dengan Kumpulan Wang
Pembangunan Negeri.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
1A. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
6 Undang-Undang Malaysia Akta 406
“Menteri Besar atau Ketua Menteri” hendaklah mempunyai erti
yang diberikan kepadanya dalam Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61];
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“Yang di-Pertua Negeri” ertinya Ketua Negeri, tidak kira dengan
gelaran apa jua dia dikenali, dalam sesuatu Negeri yang tidak
mempunyai Raja.
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada
Akta Tatacara Kewangan 1957 (kemudian daripada ini disebut
“Kumpulan Wang”)—
(a) wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan bagi dan
dibenarkan untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang
oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang
Persekutuan lain bagi mana-mana satu maksud atau lebih
Kumpulan Wang;
(b) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa
pinjaman yang diperdapatkan oleh Kerajaan Persekutuan
bagi mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang
dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh
undang-undang bertulis yang membenarkan pinjaman itu
diperdapatkan;
(c) jika di bawah seksyen 4 apa-apa perbelanjaan daripada
Kumpulan Wang telah dibenarkan untuk dibuat melalui
pinjaman, jumlah wang yang merupakan pembayaran
balik wang pokok bagi apa-apa pinjaman itu;
Kumpulan Wang Pembangunan 7
(d) wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan
apa-apa aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang; dan
(e) wang lain yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan bagi
mana-mana satu maksud atau lebih Kumpulan Wang.
Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah digunakan hanya bagi
maksud atau mana-mana satu maksud atau lebih yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama dan mengikut apa-apa ketetapan sebagaimana
yang dari semasa ke semasa diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah
seksyen 4 yang menguntukkan dan mengarahkan perbelanjaan wang
itu:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan jumlah wang yang
dibayar ke dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan 2(b) (jumlah
wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang
diperdapatkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud
Kumpulan Wang sebagaimana yang dibenarkan oleh mana-mana
undang-undang bertulis) dan berkenaan dengan wang yang diterima
oleh Kerajaan Persekutuan di bawah perenggan 2(e), penguntukan itu
hendaklah hanya berkaitan dengan maksud yang diperuntukkan secara
khusus oleh undang-undang bertulis tersebut atau untuk maksud
khusus yang baginya wang itu telah diterima.
4. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berkenaan dengan tiap-tiap
tahun kewangan menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan
Rakyat suatu penyata—
(a) anggaran baki pembukaan dan jumlah pendapatan
Kumpulan Wang bagi tahun itu;
8 Undang-Undang Malaysia Akta 406
(b) perbelanjaan yang dicadangkan, sama ada secara
langsung atau dengan cara pinjaman, yang dibayar
daripada Kumpulan Wang dalam tahun itu;
(c) jumlah wang yang perlu untuk membayar setiap kepala
dan pecahan kepala perbelanjaan yang dicadangkan itu;
(d) anggaran jumlah keseluruhan kos projek, kerja dan
pengusahaan yang termasuk di bawah mana-mana kepala
atau pecahan kepala bagi perbelanjaan yang dicadangkan
itu, sama ada atau tidak projek, kerja atau pengusahaan
itu akan disiapkan dalam tahun itu.
(2) Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati—
(a) bahawa amaun yang diuntukkan di bawah mana-mana
kepala perbelanjaan tidak mencukupi atau bahawa telah
timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang
baginya tiada amaun telah diuntukkan melalui ketetapan
oleh Dewan Rakyat; atau
(b) bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa
maksud melebihi amaun itu, jika ada, telah diuntukkan
bagi maksud itu dengan melalui ketetapan yang disebut
terdahulu,
suatu penyata tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang
dikehendaki untuk dibelanjakan dan anggaran jumlah kos (atau kos
sebenar) projek, kerja atau pengusahaan yang dimasukkan di bawah
setiap pecahan kepala perbelanjaan itu hendaklah dibentangkan
di hadapan Dewan Rakyat.
(3) Dewan Rakyat boleh melalui ketetapan meluluskan semua atau
mana-mana bahagian apa-apa perbelanjaan yang ditunjukkan dalam
suatu penyata atau penyata tambahan yang disebut dalam subseksyen
(1) dan (2), dan hendaklah melalui ketetapan itu memperuntukkan
jumlah wang yang diperlukan untuk membayar perbelanjaan yang
diluluskan itu.
Kumpulan Wang Pembangunan 9
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan supaya
dibentangkan di hadapan Dewan Negara suatu penyata apa-apa
perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah
subseksyen (3).
5. Jika didapati oleh Menteri perlu untuk mengubah perkadaran
yang diberikan kepada pecahan kepala di bawah suatu kepala
perbelanjaan yang ditunjukkan dalam suatu penyata apa-apa
perbelanjaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat di bawah
subseksyen 4(3), dia boleh melalui waran di bawah tandatangannya
mengarahkan supaya hendaklah digunakan bagi menampung
mana-mana pecahan kepala yang mungkin kekurangan suatu jumlah
wang tambahan daripada mana-mana lebihan yang timbul daripada
mana-mana pecahan kepala lain daripada kepala yang sama:
Dengan syarat bahawa amaun yang diuntukkan di bawah
mana-mana kepala perbelanjaan melalui ketetapan yang diluluskan di
bawah subseksyen 4(3) tidak dilebihi:
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa anggaran jumlah kos
apa-apa projek, kerja atau pengusahaan yang pecahan kepala itu
berhubungan, sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata terakhir
10 Undang-Undang Malaysia Akta 406
sebelumnya yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut
subseksyen 4(1) dan (2) tidak dilebihi.
6. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 3 bolehlah
dimasukkan dalam apa-apa penyata yang disebut dalam subseksyen
4(1), (2) dan (5), peruntukan bagi Rizab Luar Jangka; dan sebutan
dalam seksyen 4 tersebut mengenai perbelanjaan hendaklah termasuk
sebutan mengenai peruntukan yang disebut terdahulu itu.
(2) Wang yang diperuntukkan kepada Rizab Luar Jangka
hendaklah terpakai, atas arahan Menteri, bagi membuat pendahuluan
bagi membayar perbelanjaan bagi suatu maksud yang termasuk dalam
terma Jadual Pertama sementara menunggu kelulusan penyata atau
penyata tambahan di bawah seksyen 4.
(3) Suatu jadual apa-apa arahan di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada
mesyuaratnya yang berikut.
7. Tiap-tiap penguntukan yang dibuat di bawah seksyen 4
hendaklah luput dan terhenti berkuat kuasa pada penutup satu bulan
kalendar selepas tahun kewangan, dan tiada bayaran boleh dibuat
mengenai penguntukan dalam bulan itu kecuali berkenaan dengan
kerja yang dilaksanakan, barang yang diterima, perkhidmatan yang
diberikan atau apa-apa perkiraan kontrak lain yang...
Get this document and AI-powered insights with a free trial of vLex and Vincent AI
Get Started for FreeUnlock full access with a free 7-day trial
Transform your legal research with vLex
-
Complete access to the largest collection of common law case law on one platform
-
Generate AI case summaries that instantly highlight key legal issues
-
Advanced search capabilities with precise filtering and sorting options
-
Comprehensive legal content with documents across 100+ jurisdictions
-
Trusted by 2 million professionals including top global firms
-
Access AI-Powered Research with Vincent AI: Natural language queries with verified citations
Unlock full access with a free 7-day trial