Abdul Latiff Bin Mohd Shariff v Pendakwa Raya, 21-08-2008

JudgeMOHD. FAIRUZ BIN JOHARI
Judgment Date21 August 2008
AppellantABDUL LATIFF BIN MOHD SHARIFF
CourtHigh Court (Malaysia)
Record NumberNo .2007
RespondentPENDAKWA RAYA

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MELAKA

RAYUAN JENAYAH NO. 2007

-------------------------------------------------------------------------


(Dalam Mahkamah Majistret (3) Melaka No. 86-8489-08)



DI ANTARA


ABDUL LATIFF BIN MOHD SHARIFF …PERAYU


DAN


PENDAKWA RAYA …RESPONDEN




ALASAN PENGHAKIMAN



Pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS) atau Perayu di dalam rayuan ini adalah seperti berikut:

Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu pada 14/04/2007 jam lebih kurang jam 10.25 malam di Lebuh AMJ (Hadapan Taman Bukit Piatu Mutiara) di dalam Daerah Melaka Tengah dalam Negeri Melaka sebagai pemandu (pemilik berdaftar) Motokar No. : BEJ 3053 telah menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh (01.04.2008). Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama akta tersebut.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu pada tarikh, masa dan tempat yang sama sebagai pemandu (pemilik berdaftar) Motokar No BEJ 3053 telah menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya tanpa polisi perlindungan insuran. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen 90(2) akta yang sama.

OKS pada 16/07/2008 telah dituduh bagi pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) sepertimana pertuduhan-pertuduhan di atas dan memilih untuk mengaku salah. Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini memperuntukkan hukuman jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit. Manakala Seksyen 90(2) Akta yang sama memperuntukkan hukuman denda tak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah, dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu di bawah Bahagian II bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh sabitan itu melainkan jika mahkamah oleh kerana sebab-sebab tertentu yang dinyatakan dalam perintah itu memikirkan patut untuk memerintahkan selainnya.

Pada hari yang sama, selepas saya menimbangkan Notis di bawah Subseksyen 53(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2003, fakta kes sepertimana pertuduhan dan menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh OKS sendiri saya telah menjatuhkan hukuman seperti berikut:



  1. Tuduhan Pertama:

OKS didenda RM140.00 gagal bayar 10 hari penjara.

  1. Tuduhan Kedua:

OKS didenda RM100.00 gagal bayar 5 hari penjara berserta dengan perintah penggantungan lesen memandu kelas D selama 12 bulan berkuatkuasa daripada tarikh perintah.



OKS telahpun membayar denda bagi kedua-dua hukuman tersebut. Walaubagaimanapun OKS masih lagi tidak berpuashati bagi hukuman kedua yang melibatkan perintah penggantungan lesen memandu OKS dan membuat rayuan ini.

Saya berpendapat...

To continue reading

Request your trial

VLEX uses login cookies to provide you with a better browsing experience. If you click on 'Accept' or continue browsing this site we consider that you accept our cookie policy. ACCEPT